Gadis Melayu adalah program realiti yang mendapat rating paling tinggi di TV9, telahpun melabuhkan tirainya malam tadi. Seramai 5 peserta yang bertanding di peringkat akhir iaitu Afzan, Aishah, Husna, Aida dan juga Shikin. Turut menghidupkan suasana pertandingan akhir tu ialah pasangan pengacara yang sempoi iaitu Afdlin dan Adlin.



Walaupun bertindak selaku pengacara jer, Adlin dan Afdlin sikit sebanyak membantu meredakan debaran yang dirasai oleh para peserta dengan celoteh mereka. Peserta pertama malam tadi adalah Afzan yang mengetengahkan tarian daling-daling kalo tak silap.

Kemudian diikuti oleh Aishah yang pandai berbahasa Mandarin. Seperkara yang menarik tentang Aishah ni, beliau mula memakai tudung selepas menghadiri sessi keagamaan Gadis Melayu. Mungkin waktu itu hatinya mula terbuka untuk bertudung. Mudah-mudahan beliau terus bertudung hingga akhir hayat. :)

Finalis ke-3 ialah Husna. Beliau menjadi pilihan utama untuk menang sebelum berlansungnya episod akhir semalam. Dengan gayanya yang lemah lembut memang salah satu kriteria penting yang perlu ada pada gadis melayu. Namun, persembahannya ketika bersilat agak kurang menyengat. Sepatutnya, Husna perlu keras sikit mase bersilat tu.

Aida pula kembali menghangatkan dewan dengan persembahan yang menakjubkan. Lakonannya boleh dikatakan berkesan! Pandai berbahasa Arab plak tuh. Saat melihat persembahannya, saya dah terbayang sama ada Aida atau Aishah yang menang ni. Tapi satu kekuatan Aida ni ialah beliau menunjukkan kematangan ketika menjawab soalan Prof. Emeritus Datuk Dr. Nik Safiyah Karim.


Aida ketika membuat persembahan


Shikin pula tampil sebagai finalis terakhir. Gadis ini dikatakan seiras dengan Datuk Siti Nurhaliza. Mungkinkah itu yang dimaksudkan oleh Dr. Fazley??Persembahan Shikin patut dipuji sebab beliau mengingatkan kita dengan penderitaan yang sedang dialami oleh rakyat Palestin di Gaza. Marilah mendoakan kesejahteraan mereka dan memohon dariNya agar memberikan mereka kekuatan.

Seperti yang dah diketahui umum, Khairul Noormaidah Zali (Aida) telahpun dinobatkan sebagai Gadis Melayu musim pertama. Kemenangan beliau rasanya tepat kerana persembahannya turut dirasai penonton. Tahniah Aida!


p.s: Bagi anda yang tak berkesempatan menyaksikan grand final gadis melayu, boleh menonton secara online di laman web TV9.

Comment

ADA 2 KOMEN BERKAITAN POST INI

  1. Anonymous On May 3, 2009 at 5:35 PM

    you are the best kak aida....

      oktant On May 3, 2009 at 6:11 PM

    haha... ni mesti minat kat Aida. =)

     

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.