Tudung Via Online

Salam ceria kepada semua. Semoga hari ini lebih baik dari semalam hendaknya. Topik yang saya ingin bawakan kepada anda semua kali ini agak unik skit. Untuk pengetahuan anda hari ini merupakan hari pelancaran gedung kaftan no.1 di Malaysia.

Anda boleh layari http://www.galerikaftan.com/ untuk menyaksikan produk berkualiti yang mereka sediakan. Tapi sebelum tu, anda jangan risau. Saya akan ceritakan serba sedikit mengenai GaleriKaftan.com ni sebagai mukaddimah dan panduan kepada semua.

Agaknya mengapa tajuk kita hari ini 'Comey Sokmo Dengan GaleriKaftan.com'? Lain macam je bunyinya, ada apa-apa ke ni? Anda ada sebarang idea mengenainya?

Jeng...Jeng..Jeng. Tiiiit!!'Masa dah time'. Saya sebenarnya tak mahu mengusutkan otak anda! Saje je nak test!Jangan marah yer:P

Ok, straight to the point; jawapannya ialah 'Comey Sokmo Dengan GaleriKaftan.com' ialah tagline kepada website terbaru dan terhangat di pasaran iaitu GaleriKaftan.com. Berita baik bagi kaum Hawa nih!

GaleriKaftan.com diasaskan oleh dua orang anak muda dari Team Flarebiz. Matlamat utama mereka ialah menjadikan GaleriKaftan.com sebagai galeri kaftan yang terunggul di Malaysia. Mereka telah berusaha bersungguh-sungguh dalam usaha menjayakan projek GaleriKaftan ni.

Buat permulaan, pihak mereka menawarkan dua produk yang bermutu tinggi dari negeri 'Cik Siti Wan Kembang' iaitu Kelantan. Ia terdiri daripada kaftan lengan panjang dan kaftan lengan pendek. Oh ye, sebelum saya terlupa mungkin ada yang kurang jelas dengan perkataan 'kaftan'. Sebenarnya ianya lebih dikenali sebagai 'Baju Kelawar' bagi sesetengah orang. Produk ini amat sesuai digayakan oleh semua wanita tidak kira apa pun jua personalitinya. Kesimpulannya, ia memang diciptakan khusus buat wanita.

Apa yang menariknya produk di GaleriKaftan.com mempunyai beberapa kriteria merangkap kelebihan yang tersendiri iaitu;

Kelebihan 1:
Kaftan yang diwarnakan dua kali (overlapped).

Kelebihan 2:
Warnanya tidak luntur apabila dicuci.

Kelebihan 3:
Kain tidak akan mengecut setelah dibasuh.

Kelebihan 4:
Menggunakan kain bermutu tinggi iaitu kain fuji yang tebal dan sejuk.

Kelebihan 5:
Batik lukisan tangan. Ingat, bukan batik cop tau!

Kelebihan 6:
Eksklusif dan anda memang bertuah! Ini kerana setiap helai adalah berbeza coraknya.

Kelebihan 7:
Anda boleh membeli secara online. Pesan hari ni, esok boleh dapat!

Begitulah serba sedikit gambaran yang dapat saya berikan tentang keistimewaan dan kelebihan produk di GaleriKaftan.com.

Namun pasti ada yang tertanya-tanya apa dan bagaimana pilihan corak yang ditawarkan? Untuk tatapan dan maklumat lanjut anda boleh melayari http://www.galerikaftan.com/
Di sana anda akan dapat melihat koleksi penuh produk kaftan yang ada.

Mengenai harga pula ia amat berpatutan dengan kualiti dan servis yang ditawarkan. Sebagai promosi mereka memasarkan kaftan lengan pendek pada harga RM30. Manakala kaftan lengan panjang ditawarkan pada harga RM32. Harga tersebut tidak termasuk kos penghantaran. Untuk maklumat lanjut mengenai kos penghantaran anda boleh dapatkannya di http://www.galerikaftan.com/terma.htm

Ahaah! Sekian saja coretan saya untuk kali ini. Mudah-mudahan 'expose' ni dapat mempelbagaikan lagi pilihan membeli-belah secara online kepada rakyat Malaysia khasnya. Apa yang perlu ialah anda perlu menilai sendiri produk tersebut di dan membuat pilihan yang bijak. Tepuk dada dan tanyalah diri anda sendiri! Tak gitu?

Sekian, wassalam. Jumpa lagi di lain hari.

Tudung Via Online

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.