Tudung Via Online

Pertama sekali, saya ingin mengucapkan Selamat Datang ke Tudung Via Online. Blog ini diwujudkan bertujuan untuk memaparkan info dan hal-hal yang berkaitan dengan tudung. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menyediakan kandungan yang boleh memberi manfaat kepada anda sebagai pembaca. Untuk memeriahkan lagi blog ini, paparan tentang aksesori wanita juga akan dimuatkan. Maklumlah tudung dan aksesori memang sukar untuk dipisahkan dari wanita:)

Melalui blog ini juga, saya akan mendedahkan kepada anda tentang tudung dan aksesori yang boleh dibeli di Malaysia secara online. Ia adalah keluaran syarikat tempatan. Kini, pembelian secara online semakin diminati oleh rakyat Malaysia kerana pelbagai sebab. Antaranya mudah serta menjimatkan masa dan tenaga. Anda tidak perlu berpeluh dan penat berjalan dari satu kedai ke satu kedai semata-mata untuk mencari warna atau corak yang diingini. Mengapa anda nak peningkan kepala sedangkan boleh pilih produk dan melakukan pembayaran hanya dengan duduk di depan komputer anda sahaja. Emm... Mudahkan:)

Namun, mungkin ada sesetengah individu yang belum begitu yakin sepenuhnya untuk berurusan secara online. Ada yang khuatir mengenai kualiti produk, bimbang apa yang dilihat tidak sama dengan apa yang diperoleh, tidak dapat pegang secara 'live', takut pesanan tidak sampai dan pelbagai lagi kemusykilan. Adakah anda fikir begitu??

Jika 'YA', saya bersetuju. Saya pun pernah berperasaan sebegitu sebelum ini. Tetapi percayalah, sekiranya peniaga tersebut tidak menjaga reputasi perniagaannya sebaik mungkin, mereka tidak akan dapat bertahan lama. Ini kerana, semakin hari pengguna semakin bijak! Setelah sekali tidak puas hati, mereka tidak mungkin akan berurusan lagi dengan peniaga tersebut.

Sebelum membeli, anda boleh membuat kajian dulu. Anda boleh sertai forum-forum untuk bertanya tentang produk yang ingin dibeli dan dapatkan testimoni dari orang-orang yang telah membeli dari website tersebut. Jika barang yang dibeli itu bagus dan berkualiti, mereka mesti akan recommend pada orang lain terutamanya kepada kawan-kawan atau saudara-mara.

Sebagai tambahan, saya juga akan memaparkan produk-produk yang telah dihasilkan oleh usahawan internet di Malaysia. Ini bertujuan untuk mendedahkan kepada anda bahawa usahawan kita telah ramai yang berjaya mengeluarkan produk yang berkualiti. Selain itu, saya juga ingin jadikan blog ini sesuai untuk lelaki dan wanita. Jadi semuanya akan dapat faedah. Betul tak??

Sebenarnya, saya ingin menjadikan blog ini bukan hanya sekadar Tudung Via Online, tetapi ingin memanfaatkannya dengan menyajikan pelbagai info yang boleh memberi manfaat kepada semua. Tetapi buat permulaan ni, saya akan sentuh dulu pasal tudung dan aksesori yer. Yang lain, saya akan tulis kemudian. Insyaallah, jika panjang umur banyak yang akan saya kongsikan dengan anda.

Saya berharap agar blog ini boleh menyajikan pelbagai informasi yang berguna untuk tatapan bersama dan dapat mengeratkan lagi hubungan sesama rakan online. Jadikanlah internet sebagai medium untuk anda mendapatkan ilmu dan keperluan dengan lebih pantas dari biasa.

Akhir kata, terima kasih kepada anda yang sudi melawat ke blog ini dan teruskan melawat dari semasa ke semasa.

Ahaah! Salam dan Jumpa Lagi Lain Kali:D

Tudung Via Online


Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.