Tudung Via Online

Salam Ceria dan Semoga Sihat Sejahtera Semuanya yer;p
Hari ini saya nak berkongsi serba sedikit tentang fenomena wanita bertudung. Sebenarnya, ia tiada kaitan dengan mana-mana pihak, cuma saya nak kita saling mengingati sesama sendiri sahaja. Boleh kan?

Kalau boleh, anggaplah ia sebagai tazkirah, semoga kita menyedari apa yang berlaku di sekeliling kita pada hari ini lantas memperbaikinya. Kita hanyalah manusia biasa dan sentiasa melakukan kesilapan. Namun, ia bukanlah alasan untuk kita terus melakukan kesilapan, ye tak?

Sebaliknya, kita perlu mempelajari bagaimana cara untuk memperbaiki kesilapan tersebut supaya ia tidak berulang kembali. Yang penting, elakkan ia dari bertambah kritikal. Baiklah, saya tidak mahu bercerita terlalu panjang, jadi straight to the point.

Dari terjemahan surah At-Tahriim, ayat 6 yang bermaksud;

Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.

Huraian dari ayat di atas ialah;

Sebahagian dari kita (kaum bapa) tidak memberikan perhatian sewajarnya terhadap cara anak-anak perempuan kita berpakaian. Tidakkah sampai kepada kita peringatan dari Rasullullah bahawa lelaki yang tidak terdaya untuk menahan anak-anak dan isterinya daripada memperagakan tubuh badan mereka di khalayak umum, dia adalah seorang dayus?

Dengan mendiamkan diri apabila anak isterinya mendedahkan aurat adalah bukti bahawa mereka adalah DAYUS! Dan orang yang dayus tidak akan dapat mencium bau syurga walaupun dia solat, puasa dan melakukan amalan lain, dia tetap akan diseret ke neraka dek perbuatan anak isterinya. Jagalah aurat anak isteri kita. Janganlah bersikap lemah dalam menegakkan perintah Allah.

Jadilah pemimpin rumahtangga dan masyarakat yang bertanggungjawab. Kita berkewajipan memelihara diri dan ahli keluarga daripada melakukan perkara mungkar.

Dari surah At-Tahriim, ayat 6 dan huraian di atas, kita dapati secara jelas yang tugas seorang lelaki+suami+bapa amatlah berat! Mungkin ada yang terlepas pandang atau belum faham+tahu tanggungjawab mereka?

Mengapa saya berfikiran sebegitu ek? Ha..lihatlah di sekeliling anda sekarang nih..
Takpun masa lunch ke atau pun masa berjalan-jalan di mana-mana saja?

Apa yang boleh anda katakan terhadap fenomena wanita bertudung atau pun yang tak bertudung. Berapa ramaikah yang benar-benar memakai tudung atau menutup aurat seperti yang sepatutnya?

Dari pengalaman seharian saya, memang agak sedikit peratusannya;(

Jadi kerana keadaan inilah saya berharap agar anda yang sudah bergelar suami+bapa dapat menasihati isteri dan anak anda agar mulakan hidup baru dalam berpakaian:)
Tutup yang mana terkurang serta perbaiki dari masa ke semasa. Mungkin proses ini akan mengambil masa...Tapi jika kena pada caranya ia akan memberi impak yang positif kepada generasi akan datang:)

Harapan saya pada kaum adam yang sedang membaca ni, harap anda dapat mewar-warkan ilmu yang anda perolehi di sini kepada kenalan anda yer;p Kalau boleh biarlah secara berhemah dan bijak.

Kepada kaum hawa pula, harap anda tidak marah atau geram kat saya yer! Pada pandangan sayalah, mungkin wanita ni gemar mengikuti perkembangan fesyen terkini kan? Apa kata anda upgrade fesyen tu sesuai dengan tuntutan agama. Tentu lebih sopan, manis, ayu dan anggun;)

Mana yang masih anak dara, mesti ramai yang berebut-rebut nak dijadikan menantu;p Bagi yang dah berpunya pulak, anda pasti akan lebih dihormati! Kenapa, tak percaya?
Percayalah, ia adalah hakikat yang sebenar! Lebih-lebih lagi jika anda pandai membawa diri...Huh! Gerenti ramai yang respect punya!

Ahaah! Sampai di sini dulu tapi ia bukannya berakhir setakat ini. Nanti saya akan bawakan anda sambungan seterusnya yer;p Nantikannya dan tunngggu! Sampai bertemu di lain waktu.

Wassalam.

Tudung Via Online

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.