Tudung Via Online

Hai dan Salam Ceria diucapkan. Hari ini kita akan terus menyambung tentang topik fenomena wanita bertudung. Baiklah semoga anda semua membacanya dalam keadaan yang tenang dan berlapang dada yer;)

Firman Allah S.W.T dalam surah An-Nuur ayat 31:

Maksudnya;
Katakanlah kepada wanita yang beriman. Hendaklah mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kemaluan(aurat) mereka dan janganlah mereka menampakkan perhiasan mereka kecuali yang biasa nampak dari mereka. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka, dan janganlah menampakkan perhiasan mereka...


Huraiannya:
"hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka" di atas jelas di dalam Al-Quran telah menerangkan perintah dan kewajipan supaya wanita;

1. Memakai kain tudung (bertudung)
2. Melabuhkan tudung supaya menutupi dada.

Namun, apa yang menyedihkan sayakita, kebanyakan muslimah masa kini mengakui yang mereka beriman...tetapi pada masa yang sama ramai yang telah mengabaikan perintah tersebut.

Sesetengah wanita free hair(tak bertudung) sering mempertikaikan ayat ini kerana kononnya mereka mempertahankan prinsip kebebasan hak individu.

Ada juga yang bertudung tapi dibiarkan ubun rambut atau jambulnya terdedah! Memakai tudung sekadar fesyen berkabung dan main-main. Stail tudung Mak Datin bila pergi ke majlis kematian.

Alasan popular: belum dapat hidayah atau belum sampai seru nak bertudung sempurna... Aku tak nak jadi hipokrit!!! Lepas balik haji nanti aku pakailah...
(he...he...he...takde kaitan dengan sesiapa pun sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia, artis, datin dll)

Hey Kak Jah!! Hari-hari kita solat baca Al-Fatihah mintak supaya Allah tunjukkan jalan yang lurus. Tapi perintah berhijab kita tolak sedangkan hukumnya telah termaktub di dalam Al-Quran.
Bukan ke munafik namanya tu???

Orang munafik ni sifatnya mengaku je beriman pada Allah, tetapi taknak ikut perintahNya. Hati pun dah naik buta, yang mana halal yang mana haram main bedal je.
Golongan kafir Yahudi memang bertepuk tangan tanda puas dan menyokong golongan yang sebegini. Inilah tanda kejayaan mereka!

Inilah realiti muslimah zaman millenium yang selalu kita tengok di mana-mana sama ada melalui media massa mahu pun secara "live". Malaysia akan makin jauh dari rahmat Allah jikalau ramai sangat yang melanggar perintah Allah!

Ayuhlah! Bersama-sama kita menasihati dan menyayangi anak isteri kita! Sampaikan kepada mereka suruhan Allah di dalam Al-Quran... mudah-mudahan kita dapat manfaat.

Bersambung...

Ahaah! Sampai di sini dulu kengkawan dan sampai bertemu lagi pada episod akan datang.

Wassalam

Tudung Via Online

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.