Tudung Via Online

Assalamualaikum dan Salam Ceria:p

Apa khabar anda di sana? Oktant sihat jer seperti biasa dan kali ini nak berkongsi tips penjagaan tudung.
Barangkali ada yang dah tahu dan mungkin juga belum;( Jadi, hari ni Oktant meng'update'kan sikit tips berkenaan.

Amacam, boleh tak?
Kalau boleh, zaast terus kita ke tips penjagaan tudung.

Eh..eh...tapi sebelum tu.
Apa kata, jom kita ketahui dulu jenis fabrik yang sesuai untuk anda terutamanya yang berada di Malaysia.

Baiklah, tips memilih fabrik tudung:

Tips 1:
Pilih fabrik atau kain yang sesuai dan selesa dengan anda. Pilihan terbaik ialah kain bawal(kasa atau voile).
Selain itu, boleh pilih jenis sutera, sifon, viscose atau cita campuran.

Tips 2:
Sesuaikan dengan keadaan cuaca di tempa anda. Jika di Malaysia, kain bawal atau kasa amat sesuai.
Kenapa agaknya yerk?
Cuaca di Malaysia ni panas dan lembap sepanjang tahun dan kita mudah berpeluh.
Penyelesaiannya - kain bawal mempunyai ciri-ciri pengudaraan yang baik dan menyerap peluh. Ia juga memudahkan pengaliran udara keluar dan masuk.
Maka, kepala kita tidak akan rasa terkuwap dan selesa senantiasa!

Tips 3:
Pilih fabrik yang melekap pada rambut.
Secara tak langsung, ia akan terletak cantik jer di atas kepala anda.
Di samping untuk, ia juga memberikan keseimbangan kepada anda. Tu yang nampak cantik lagi anggun bergaya:)

Tips 4:
Pilih fabrik yang sesuai dan selesa dipakai dalam jangkamasa yang panjang. Orang kata 'easy maintenance' gitu:p
Contoh - Bagi wanita yang bekerjaya atau berkarier, masa anda memakai tudung mungkin melebihi 8 jam sehari.
Betul tak?
Jadi, ia membantu memudahkan anda supaya tidak perlu selalu nak tengok cermin jer, yalah nak membelek dan membetulkan tudung yang dah terherot tu;(
psst..percayalah anda tetap akan kelihatan sentiasa elegan jika pilih fabrik yang betul!

Tips 5:
Pilih fabrik yang boleh memelihara kesihatan rambut. Jadi, walaupun bertudung, rambut anda akan kekal sihat.

Baiklah, jom kita beralih pula ke tips penjagaan tudung;

Tips 1:
Elakkan dari membasuh tudung menggunakan mesin basuh!
Penyelesaian terbaik - cuci pakai tangan dengan sabun mandi, celup-celup sikit, bilas dengan air bersih dan akhir sekali bilas dengan menggunakan pelembut.
Tujuan pelembut - melembut dan mewangikan tudung anda bak sutera yang halus dan harum..he..he..

Tips 2:
Basuh tudung secara berasingan dengan pakaian yang lain. Terutamanya tudung bewarna putih. Warna putih ni nak jaga kena rajin skit.
Tak kiralah t-shirt, tudung, seluar dsb - basuh fabrik yang bewarna putih ni secara berasingan dengan pakaian lain untuk mengekalkan keputihannya agar berpanjangan dan tahan lama.

Tips 3:
Selepas dah basuh, sidai tudung di tempat yang redup dan jangan 'direct' kena cahaya matahari. Nanti lama-kelamaan takut kekuningan pula warnanya.
Nak senang, sidai jer dalam rumah dan anginkan dengan kipas.(Ini cadangan Oktant)

Tips 4:
Apabila dah kering, tiba pula 'part' nak menyimpan. Simpan tudung ni dengan menggunakan penyangkut(hanger) dan asingkannya jauh sikit dari pakaian lain. (Takut tergarit atau 'scratch' pulak tudung tu nanti)

Tips 5:
Masa nak pakai tudung pula, pastikan ia digosok atau diseterika pada kadar yang tidak terlalu panas.
Hah! Di samping tu, rambut anda juga hendaklah dikeringkan sekering-keringnya.

Okay..Siap! Anda boleh menggayakan tudung anda sekarang:p

Ahaah!Sampai di sini dulu pertemuan kita. Panjang umur kita jumpa lagi. Da..di..du

Sekian, wassalam.

Tudung Via Online

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.