Tudung Via Online

Assalamualaikum dan Salam Ceria :)

Apa khabar anda semua? Semoga sihat walafiat.
Agak lama juga saya tidak menulis di blog tudung via online ini atas sebab tertentu. Mohon maaf sekiranya anda tertunggu-tungu kehadiran post baru.

Apa pun, penantian anda kini telah berakhir...kerana saya kembali menemui anda sekali lagi:) Cuma kali ini saya akan menulis tazkirah berkenaan 'Aurat Golongan Wanita'. Saya ingin berkongsi sedikit ilmu dengan anda hasil pembacaan melalui sebuah buku 'Mutiara Al-Quran siri ke-12'. Mudah-mudahan kita dapat manfaat bersama yer:p

Jadi, jom kita teruskan pembacaan..

Sumber penulisan ini dipetik dari ayat 59 Surah Al-Ahzab. Terjemahannya di dalam Bahasa Malaysia ialah:

"Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

Huraian dan Tafsiran dari ayat di atas ialah:

Cetusan wahyu yang dapat diambil dari ayat ini ialah bagaimana Allah SWT telah memerintahkan Rasul-Nya supaya tidak mendedahkan atau memperagakan tubuhnya, bahkan hendaklah mereka melabuhkan pakaiannya.

Apa yang dibahaskan dalam ayat ini ialah berhubung kalimah 'Jalabibi' ialah pakaian yang dapat menutupi aurah mereka dengan rapi terutamanya sewaktu mereka keluar rumah. Wanita-wanita yang menutup aurah dengan pakaian yang bersesuaian dengan tuntutan agama sebenarnya melambangkan keperibadian mereka walaupun ia bukanlah ukuran sebenarnya. Selain dari menutup aurah, mereka tidak mengenakan pakaian yang singkat, tidak ketat dan tidak menampakkan bentuk tubuh dari sebalik pakaian yang dipakai.

Wanita-wanita yang beriman serta mentaati perintah Allah dan Rasul-Nya terutamanya dalam hal menutup aurat ini akan memperoleh jaminan keselamatan dan bersih dari kecemaran atau 'iffah' . Sekiranya mereka benar-benar melaksanakan perintah Allah dan telah berusaha menghindarkan perkara-perkara yang mendorong berlakunya kejahatan, maka mereka tidak akan diganggu atau dipermain-mainkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Di samping itu juga mereka tidak akan terhindar dari menerima risiko gangguan oleh kaum lelaki seperti yang berlaku pada zaman ini. Bahkan mereka akan dihormati dan disegani oleh masyarakat sekelilingnya. Seseorang yang rasional akan menerima kewajaran kenyataan ini.

Ingin juga diketahui dalam hal ini bahawa masih belum terlewat bagi mereka yang belum lagi menunaikan perintah Allah sepertimana dinyatakan di atas. Dalam hal ini, Allah telah menyatakan bahawa Allah Maha menerima taubat dan keampunan dari wanita-wanita yang dahulunya mendedahkan aurat tetapi kemudiannya mereka menginsafi dan ingin kembali untuk memuliakan maruah dan kehormatannya dengan mengenakan pakaian yang menutupi aurahnya. Percayalah akhirnya dengan penghijrahan tersebut mereka akan beroleh ketenangan yang sebenar-benarnya selain balasan pahala di akhirat kelak.
Mudah-mudahan InsyaAllah.

Begitulah serba sedikit maksud, huraian dan tafsiran dari ayat 59, Surah Al-Ahzab yang boleh saya sebarkannya di sini.

Semoga sisipan kali ini membawa satu sinar baru buat kaum wanita khususnya. Mana yang belum bertudung, berazamlah untuk memakai tudung. Manakala yang telah bertudung, kekalkanlah amalan tersebut dan kalau boleh perbaiki cara pemakaiannya agar lebih sopan dan menutupi bahagian-bahagian yang sepatutnya.

Buat kaum Adam amnya, mulai saat ini anda bolehlah menasihati serta menyampaikan ilmu yang diperolehi hari ini baik kepada isteri mahu pun kepada kaum keluarga seperti kakak, adik dan saudara perempuan yang lainnya. Mudah-mudahan kita sama-sama mendapat keberkatan dariNya.

Sekian sahaja dari saya untuk kali ini. Jika tiada aral, saya akan menulis lagi di sini khusus buat anda semua. Oleh itu, pastikan anda setia bersama tudung via online yer:P

Ahaah! Sampai bertemu di lain hari.

Wassalam.

Tudung Via Online

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.