Salam Ramadhan & Selamat Sejahtera,

Bulan Ramadhan 1429 telah pun tiba. Selamat bersahur dan menjalani ibadah puasa kepada seluruh umat Islam.

Justeru itu, kurang sebulan dari sekarang, kaum muslimin dan muslimah bakal meraikan kejayaan besar di pagi Aidilitri.

Saya percaya ada di antara anda yang gemar membuat persiapan awal terutamanya dalam berpakaian. Rasanya dah ada yang menempah baju Melayu atau kurung kot. Mungkin yang dah pun siap ada. =D

Maklumlah, kalau lambat.... dikhuatiri takder siapa plak yang nak terima tempahan kita. Bagi yang terrer menjahit, mungkin tiada masalah di situ. :)

Tapi, kalau bab tudung ni mungkin takder masalah sangat. Anda boleh pilih sama ada nak beli secara online ataupun offline. Janji berkenan di hati, ye tak?

Baiklah buat permulaan Ramadhan ni, saya nak share koleksi tudung kerawang. Ada 2 jenis tudung kerawang yang ingin saya ketengahkan iaitu:

1. Tudung Kerawang Tampal Preciosa



Antara yang menjadi pilihan dalam koleksi tudung ini adalah KA2 762, KA2 768, KA2 769, KA2 772 dan KA2 773.

2. Tudung Kerawang Tebuk Exclusive Keliling Tanpa Berlian





Bagi koleksi kedua ni pula, saya rekomenkan kepada anda KA3 224 dan KA3 252.

Banyak juga yang menarik dalam koleksi tudung kerawang tebuk exclusive ni, namun ia telah terjual.

Kesimpulannya, 7 tudung yang dinyatakan di atas adalah hasil tapisan yang telah saya buat eksklusif khas buat anda sahaja.

Jikalau anda masih kurang berpuas hati, boleh lihat keseluruhan koleksi tudung yang ada di sini.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.