Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Agak lama gak saya tidak update blog Tudung Via Online ni. :( Tapi kini saya akan menebus hutang saya kepada anda dengan memaparkan koleksi tudung terkini di Tudung Online Dot Com.

Hasil daripada pemerhatian, saya dapati banyak gak koleksi tudung terkini yang baru dimasukkan. Namun, saya hanya memaparkan yang terbaik saja khas buat anda. :D


Rajah 1: Tudung Wulan Apit Natasha Ori, Kod -> VW



Koleksi tudung VW ni agak ringkas saja jika sekali pandang. Namun, keistimewaan utamanya terletak pada Batu Natasha Ori yang diapit oleh batu kecil di kiri dan kanannya.

Di samping tu, batu kecil dan batu besar yang ada padanya merupakan batu oktant 100% asli. Ia bukannya campuran plastik.

Anda boleh melihat koleksi tudung ini pada bahagian "Vogue(Standard Butik)" pada menu di bahagian tepi kiri web Tudung Online Dot Com.

Untuk koleksi ini, saya memilih VW 14 dan VW 21 sebagai pilihan utama. Iaitu tudung yang berwarna hijau lumut dan hitam. Tampak sopan tapi elegan dipakai oleh setiap wanita Muslim.

Harga yang ditawarkan ialah RM99 dan tudung VW 11 telah terjual semasa saya sedang menulis.

Tips Penting:

Pastikan anda tidak tertipu dengan kerenah sesetengah peniaga. Biasanya mereka akan mendakwa yang batu plastik itu adalah batu oktant! Padahal ia adalah batu plastik semata-mata. :(

Lepas ini, kalau bercadang nak beli tudung di kedai-kedai biasa (offline)...

AWAS! Pastikan anda belek dahulu kualiti kain dan batunya sama ada batu yang besar ataupun kecil. Kalau dijual pada harga yang mahal, pastikan batuan tersebut bukan batu plastik!



Rajah 2: Tudung Wulan Bersulam Tebuk Oktant Ori, Kod -> M2WT



Koleksi kedua kali ni termasuk dalam kategori "Macam-Macam Oktant".

Dalam banyak-banyak tudung, saya syorkan anda memberikan lebih perhatian kepada M2WT 10, 11 atau 22. Rasanya itu saja yang berjaya menarik perhatian saya.

Namun, jikalau anda lebih meminati warna yang lain, sila abaikan pandangan saya ni.

Berbanding dengan koleksi tudung pada rajah 1, tiada batu Natasha yang diapit pada koleksi ini. Cuma ia dihiasi dengan sulaman bunga sebagai penyeri. :)

Anda boleh mendapatkannya pada harga RM90. Setakat ni, semua yang ada dalam rajah 1 masih boleh dimiliki.

**********************************************************************************************
Kalo anda penat membaca, relax la kejap... tarik nafas sedalam2nya dan hembus perlahan2 ==>>

Amacam, lega tak? Kalo lega, jom kita sambung!
**********************************************************************************************


Rajah 3: Tudung Wulan Oktant Mata Lalat + Natasha, Kod -> SPW



Koleksi tudung kat rajah 3 ni antara koleksi kegemaran ramai. Rekaannya simple & clean jer. Tapi dengan pelbagai warna pilihan yang ditawarkan, ia sekaligus menambat hati kebanyakan penggemar wanita bertudung.

Kali ni saya nak rekomenkan tudung yang kodnya SPW 73, 75 dan 87 pula. Seperti yang saya katakan sebelum ni, warna sebegini biasanya tahan lama (lambat nampak buruk).

Ianya boleh didapati pada bahagian "Simple Plain". Nilainya ialah RM71 utk setiap helai.

Owh, sebelum terlupa tudung SPW 69, 80 dan 83 telah selamat dijual. :)


Rajah 4: Tudung Ezora Apit Oktant, Kod -> SPE



Untuk Tudung Ezora ni, ada satu tudung yang saya nak rekomenkan dah diambil orang plak. Ingatkan nak rekomenkan yang SPE 9 dan 11.

Tapi jangan risau. Setelah belek punya belek, saya rasakan yang SPE 5 tetap menjadi pujaan hatiku mempunyai keistimewaan tersendiri.

Padanan casing batu oktant dan natasha yang berwarna hitam tu memang padan dengan warna pinang masak tudung itu sendiri. Ya, saya rasakan inilah tudung pilihan terbaik pada tulisan kali ni. :p

Anda boleh mendapatkannya juga pada bahagian "Simple Plain" pada harga RM71.

Untuk koleksi ni, dah banyak yang terjual iaitu SPE 1, 2, 3, 4, 6, 9 dan 11.


Rajah 5: Tudung Viva Oktant, Kod -> SPV



Koleksi tudung terakhir buat kali ini adalah Tudung Viva Oktant. Skali tengok, bling..bling..gitu. :)

Tudung ni rasanya sesuai digayakan ketika menghadiri majlis rasmi. Sehubungan dengan itu, saya mencadangkan tudung SPV 1, 5 dan 6.

Manakala yang SPV 2, 3 dan 4 telah selamat dijual.

Saya cuma nak kongsi pandangan jikalau anda nak atau dah beli Tudung Viva Oktant ni. Gayakannya dengan busana yang rekaannya tidak terlalu complicated atau sarat. Lebih ringkas lagi menarik.

Sebabnya, dengan memakai Tudung Viva Oktant ni, anda dah tentunya kelihatan menyerlah. Jika kedua-dua busana dan tudung anda terlalu menyerlah, saya bimbang anda akan digelar mangsa fesyen.

Anda boleh dapatkan tudung SPV ni pada bahagian "Simple Plain" di sini dengan harga RM65 per helai.

Ahaah! Itu sahaja dari saya buat pengunjung terhormat Tudung Via Online. Jumpa lagi!

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.