Post saya mengenai fesyen tubung bawal 2009 kelmarin masih lagi tergantung. Ada beberapa koleksi tudung menarik yang tertinggal. Iaitu dalam kategori macam-macam oktant. Jom kita tengok koleksi seterusnya!


1. Tudung Farah AF Casing Steel Colour Sulam Oktant


Rajah 1.0 : Kod tudung - MCF


Agak banyak tudung jenis ini yang dibawa masuk. Mungkin permintaan terhadapnya tinggi kot. :D Tudung ni dihiasi dengan oktant casing sadur yang berwarna. Harganya pula adalah RM69 sehelai.


2. Tudung Farah AF Bersulam Tebal Oktant Casing Sadur Ori


Rajah 2.0 : Kod tudung - M2F


Ini merupakan satu lagi koleksi dalam keluarga Tudung Farah AF. Bezanya dengan yang di atas ialah ia menggunakan oktant casing sadur berwarna perak saja. Takder warna warni. Jadi, harganya lebih murah sikit iaitu RM66 sehelai.


3. Tudung Sulam Comei Mata Lalat Euzora Halus Double


Rajah 3.0 : Kod tudung - M4J


Inilah salah satu jenis tudung yang dihiasi dengan mata lalat. Batu yang pernah mendapat tempat di kalangan wanita bertudung. Kini, ia diberi sentuhan baru dengan rekaan yang lebih eksklusif.

Dengan rekaan sebegini, diharap anda yang meminati batu mata lalat ni akan berpuashati dengannya. Harga yang ditawarkan untuk anda adalah RM88 sehelai.


4.0 Tudung Sulam Comei Mata Lalat Double


Rajah 4.0 : Kod tudung - M4L



Jika anda peminat mata lalat sejati, mungkin tudung ini perlu ada dalam koleksi peribadi. Sulaman yang ringkas di tengah-tengah tampak sesuai digandingkan dengan batu mata lalat. Anda boleh mendapatkannya pada harga RM76 sehelai.


5.0 Tudung Sulam Tepi Kemas Oktant Mata Lalat Colour Ori


Rajah 5.0 : Kod tudung - M2S


Bagi wanita yang suka batuan 1 line saje, anda boleh tumpukan pada koleksi ni. Ada pelbagai lagi corak yang ada. Saya cuma meletakkan sebahagiannya saje kat sini. Bercakap pasal harga, ianya dijual dengan RM59 sehelai.


6.0 Tudung Sulam Cute Oktant Mata Lalat


Rajah 6.0 : Kod tudung - M2L


Selain tudung M2S, tudung M2L ni pun menampilkan batu mata lalat 1 line. Cuma ia tak bersulam tepi. Harganya pun lebih rendah sedikit iaitu RM52 sehelai.

Setakat ini dululah paparan kali koleksi tudung terkini untuk bulan Januari 2009. Kalau anda ingin melihat keseluruhan koleksi yang ada, sila ke bahagian;

i. Sulam tangan exclusive dan
ii. Macam-macam oktant,

Comment

ADA 1 PANDANGAN MENARIK DI SINI

  1. jija On October 9, 2010 at 10:50 AM

    i br blja sulam...
    kalo sape2 berminat nk beli tudung lycra awning thai silk yg murah,
    jemput lah ke http://jijatudung.blogspot.com/

     

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.