Pelbagai perubahan drastik telah dibuat oleh tudung online pada awal 2009 ni. Perubahan yang sikit sebanyak melegakan para penggemar tudung. Antaranya ialah kempen penurunan harga dan koleksi tudung terkini seperti batu tanjung.

Terbaru, adalah tudung dalam kategori "sulam tangan eksklusif". Iaitu Tudung Sulam Campur Oktant Mata Lalat atau Natasha.


Rajah 1: Kod tudung - STZ


Sebenarnya, kat atas tu ada 3 jenis batu yang berbeza. Oktant mata lalat, oktant natasha dan oktant euzora halus. Jadi nama sebenarnya pun ada 3 gak - tudung sulam campur oktant natasha, tudung sulam campur oktant mata lalat dan tudung sulam campur oktant euzora halus. Harap anda lebih jelas kat situ. :)

Tudung STZ 1, 3, 5 dan 6 tu adalah oktant natasha. Manakala STZ 4 dan 7 ialah oktant mata lalat. Satu-satu tudung oktant euzora halus ialah yang berwarna kuning tu (STZ 2).

Harga sehelai tudung STZ ni RM95. Boleh tahan mahal gak, kan?

Tapi kali ni anda tak perlulah bayar pada harga tu. Ada diskaun skit iaitu sebanyak RM17. Jadi, harga istimewa buat anda ialah RM78 sehelai (saya kurang pasti tawaran ni sampai bila).


Sekarang, saya beralih kepada kategori "simple plain". Kat sini ada tudung yang baru ditambah dan juga yang termasuk dalam jualan cuci kedai.

Kita tengok tudung yang baru ditambah dululah. Ada kat bawah ni.


Rajah 2: Kod tudung - SPF


Tudung SPF ni namanya tudung Farah AF oktant sadur. Harganya RM57 per helai.



Rajah 3: Kod tudung - VIP1


Berikutnya adalah tudung oktant colour kemasan tepi Natasha (VIP1). Ia dijual pada harga RM46 saja.


Mungkin saat ini mana degupan yang anda tunggu kot, iaitu jualan cuci kedai! Tengoklah kalau-kalau ada warna tudung yang memang anda sedang cari ke.


Rajah 4: Kod tudung - MB5


Untuk jualan cuci kedai ni, tudung MB5 dijual pada harga RM40 per helai. Harap anda tak kecewa sangatlah walaupun penurunannya cuma RM5. Mungkin tudung online ada sebab tertentu berbuat begitu, yang penting harganya tetap diturunkan.


Akhir sekali, saya tunjukkan bahagian "stok clearance". Ada beberapa helai yang dah dimasukkan dalam kategori ni.


Rajah 5: Kod tudung - SC


Walaupun tudungnya berbeza-beza, kodnya tetap sama yer iaitu SC. Harganya pun sama untuk semua jenis iaitu RM55 sehelai.

Anda boleh singgah ke kategori ni dari semasa ke semasa. Sebab kadang-kadang ianya cepat habis. Sekarang ni masih ada 17 helai lagi yang boleh anda pilih.

Anda boleh terus ke SINI sekarang dan nanti kat sana klik pada perkataan STOK CLEARANCE. :)

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.