Sepanjang 2008, fesyen tudung bawal agak berubah-ubah rekaannya. Baik dari segi corak sulaman mahupun rekabentuk casing batu oktant itu sendiri. Kemudiannya, koleksi tudung tu diberikan nama-nama tertentu untuk menyerlahkannya. Selalunya nama-nama artis tempatan yang menjadi pilihan. Antaranya seperti Mawi, Nora Danish dan Farah AF.

Kini, kita dah berada di tahun 2009. Agak-agak anda, tudung jenis ape yang bakal diketengahkan oleh para pereka tudung bawal di luar sana tu?

Mungkin masih terlalu awal untuk kita perkatakannya. Tapi tak salah kalau anda nak teka, kan? Cuma saya berharap niat asal anda memakai tudung tetap tak berubah; iaitu untuk menutup aurat. :)


Untuk permulaan 2009 ni, terdapat beberapa koleksi tudung terkini yang dibawakan oleh tudung online untuk anda. Ianya di bawah kategori "Sulam Tangan Exclusive" dan "Macam-Macam Oktant". Jom kita tengok!


1.0 Tudung Sulam Tangan Biku Ombak, Oktant Eumora Kiut


Rajah 1.0: Kod tudung - STB


Hanya 5 helai saja yang ada dalam rangkaian koleksi ni. Mungkin untuk test market jer kot. Tapi sambutannya agak hangat walaupun diletakkan pada harga RM95!

Semuanya dah disambar oleh penggemar tudung kecuali tudung STB 2. Kalau anda berkenan yang tu, boleh chopp terus di tudung online.


Sekarang, kita beralih pula kepada kategori macam-macam oktant yer.


2.0 Tudung Sulam Kiut Biku Bersulam Jelujur Tepi Oktant


Rajah 2.0: Kod tudung - MBJ



Tudung ni seakan-akan dengan tudung yang pertama tadi. Cuma kategori dan jenis sulamannya jer yang berlainan.

Harganya pun murah sedikit iaitu RM79. Malah, sambutan terhadapnya agak memberansangkan. Daripada 10 helai yang ada, sekarang tinggal 3 helai saja iaitu MBJ 5, 6 dan 8.


2.1 Tudung Tanjung Bersulam Jelujur Tepi Oktant M2U RM79


Rajah 2.1: Kod tudung - M2U


Rekaannya memang baru pada saya. Tak pernah tengok lagi design casing batu oktant yang sebegitu. Cantik gak! Harganya juga RM79 sehelai.

Sebenarnya ada satu lagi koleksi yang menampilkan corak batuan yang sama. Nama tudung tu "tudung tanjung double bersulam jelujur tepi oktant". Tapi saya merasakan ia agak kompleks sikit. Ada kat bawah ni.


Rajah 2.2: Kod tudung - M4U


Harga tudung M4U ialah RM89. Mahal sikit sebab ditambah dengan batu "mata lalat".

Secara peribadi, saya lebih gemarkan tudung M2U berbanding M4U. Sebab ia tampak lebih teratur dan tak serabut. Anda plak macamner? Anda tentunya mempunyai citarasa yang berbeza. :)


Okaylah, sebenarnya ada lagi yang nak ditunjuk kat anda. Tapi terpaksa berhenti kat sini dulu. Mungkin esok atau lusa saya sambung.

Anda boleh teruskan membelek tudung terbaru dulu secara maya kat tudung online.


Sekian, wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.