Dalam siri 2 kempen penurunan harga ni, saya akan paparkan tudung dalam kategori simple plain pula. Mari kita tengok siapa yang kena!


2. Simple plain


2.1 Tudung Farah AF Oktant Sadur Colour

Rajah 2.1: Kod tudung - SFC


Sebelum kempen penurunan harga dulu, tudung nie dijual pada harga RM75 sehelai. Kini anda boleh berjimat sebanyak RM14 tau. Harga terbaru ialah RM61.


2.2 Tudung Farah AF Oktant Sadur

Rajah 2.2: Kod tudung - SPF


Inipun tudung Farah AF gak. Harap anda tak keliru. Ingat jer kod tudung tu. Sebab dalam kategori macam-macam oktant pun ader tudung Farah AF gak.

Asalnya, ia dijual pada harga RM71. Sekarang dah dipotong RM14 dan harga muktamad ialah RM57. :D


2.3 Tudung Oktant Natasha Keretapi

Rajah 2.3: Kod tudung - SPK


Macam tudung mata lalat gak, tudung Natasha nie pun popular sebelum kemunculan tudung Farah AF. Dulu, harga sehelai tudung nie mencecah RM69 sehelai. Kini, anda dah boleh menarik nafas lega.

Ia diturunkan kepada RM55 iaitu penurunan sebanyak RM14 gak.


2.4 Tudung Oktant Colour Kemasan Tepi Natasha

Rajah 2.4: Kod tudung - VIP1


Saya tak berapa ingat harga asal tudung nie. Tapi, setelah membuat semakan harga asalnya ketika ada offer dulu adalah RM70 (Maaf kalau tersilap bubuh harga asal yer). Sekarang ianya dah diturunkan kepada RM46. Banyak gak penurunan tu. Lebih kurang dalam RM24.

Saya pasti ramai di kalangan anda yang gembira dengan penurunan harga yang dibuat oleh pihak tudung online. Setidak-tidaknya pembelian anda lebih berbaloi.

Sebelum melabuhkan tirai kali nie, saya cuma mengingatkan seperkara lagi. Kalau anda nak tengok jenis tudung yang terlibat dengan kempen ni, anda tengok kat bahagian macam-macam oktant dan simple plain jer dulu. Kat mane nak tengok?? Klik di SINIlah.

p.s: Sebarang update akan saya beritahu kemudian, ok.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.