Kain songket selalunya dipakai oleh golongan lelaki Melayu ketika perayaan ataupun semasa menghadiri majlis tertentu. Memang jarang-jarang sekali kita mengenakan kain songket ni dengan baju Melayu, kan? Lebih banyak masa songket ni dihabiskan dengan tersimpan di dalam almari atau wardrobe.


Harga songket ni agak mahal jika nak dibandingkan dengan kebanyakan fabrik lain. Lebih-lebih lagi bagi yang berkualiti tinggi dan halus buatannya. Maklumlah, kalau zaman dulu-dulu ia hanya dipakai oleh golongan bangsawan.


Gambar kain songket Terengganu

Gambar songket - Sutera Songket



Justeru itu, saya ingin berkongsi dengan anda 5 langkah memelihara fabrik songket ketika hendak menyimpannya. Tujuannya untuk memanjangkan hayat songket itu sendiri agar ia tahan lama.


1. Mula-mula, anda bentangkan dulu kain songket bersama dengan sehelai kain pelekat.


2. Kemudian, gulung songket bersama kain pelekat tadi secara memanjang sampai ke penghujung.

Elakkan daripada melipat kain songket tadi walaupun sekali. Ini bertujuan mengelakkan daripada benang tenunan songket tadi patah yang seterusnya boleh merosakkan motif sesuatu songket tu.


3. Setelah itu, simpanlah gulungan songket tadi dengan cermat di dalam almari ataupun wardrobe anda.

Elakkan songket tu daripada dihempap oleh mana-mana fabrik atau persalinan anda yang lain.


4. Elakkan juga daripada menggosok kain songket kerana ia akan menjejaskan kualiti tenunan benang emas itu sendiri (kalau dah gulung elok-elok, takyah lah nak gosok lagi, kan?).


5. Lagi satu, hindari daripada selalu mencuci kain songket. Kalau anda rase nak sangat mencucinya, hantarlah ke kedai dobi untuk cucian kering (dry cleaning).


*Tips Tambahan*


Untuk mengilatkan semula kain songket anda, gunakan kaedah gerus.

Kaedah gerus ni bermaksud anda melicin dan mengilatkan permukaan songket dengan menggunakan kulit siput gewang agar ia lebih berseri dalah jangkamasa yang lama.



p.s: Songket Terengganu (tenun tangan) biasanya lebih lembut dan halus berbanding dengan songket buatan mesin yang diimport daripada Indonesia, Thailand, India dan Pakistan.

p.p.s: Jika anda berminat mendapatkan songket Terengganu, silalah ke sutera songket di sini.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.