Walau baru 6 hari kita berada di bulan Ramadhan Al-Mubarak ni, satu demi satu rekaan tudung terkini muncul. Tudung yang saya maksudkan adalah yang dihiasi dengan batu love oktant kontra. Untuk makluman anda, ia telah diletakkan pada 2 kategori yang berbeza. Satu di dalam kategori Sulam Tangan Exclusive dan selebihnya di bahagian Macam-macam Oktant.

Bagi memudahkan anda melihatnya, saya akan paparkannya mengikut kategori berasingan di bawah ini;


1. Kategori: Sulam Tangan Exclusive


1.1 Tudung Sulam Tangan Manik Oktant Love Kontra


Tudung Sulam Tangan Manik Oktant Love Kontra 1

Kod tudung - STS



Tidak dapat dinafikan lagi, keistimewaan tudung ini terletak pada sulam tangannya. Cuba anda lihat saja pada imej di atas dan di bawah ini. Memang koleksi terbaru ini mampu menambah seri anda pada pagi Syawal nanti.

Antara tudung yang menjadi pilihan kali ini adalah: STS 15, STS 18 dan STS 19 (gambar bawah)

Anda boleh mendapatkannya pada harga RM75 semasa Aidilfitri Sales ini berlangsung.

Tudung Sulam Tangan Manik Oktant Love Kontra 2

Kod tudung - STS




2. Kategori: Macam-macam Oktant


2.1 Tudung Love Oktant Kontra


Tudung Love Oktant Kontra 1

Kod tudung - STM



Andainya anda inginkan harga yang lebih murah sedikit, apakata lihat pula pada tudung yang berkod STM di atas dan di bawah pula. Sulamannya mungkin tak secantik tudung sulam tangan tadi.

Tapi ada juga beberapa helai yang amat menarik. Cuba anda perhatikan tudung-tudung yang berkod STM 6 dan STM 9 (gambar atas).

Kemudian, perhatikan pada STM 11, STM 15, STM 17, STM 18 dan STM 20. Rekaannya boleh tahan gak, kan?

Anda boleh mendapatkannya dengan harga RM63 sehelai.

Tudung Love Oktant Kontra 2

Kod tudung - STM




Sekarang apa pula? Ahhah, jika anda dah berkenan mana-mana koleksi tudung di atas, anda bolehlah membuat tempahan ataupun pembelian di Kedai Tudung Online sebelum ianya kehabisan stok.


Selamat Memilih Tudung dan Menjalani Ibadah Puasa!


P.S: Jika ada stok baru, saya akan update untuk anda kelak. (^-^)

Comment

ADA 2 KOMEN BERKAITAN POST INI

  1. Jimi On August 27, 2009 at 3:55 PM

    Promotelah koleksi tudung anda di IMCurtain

      oktant On September 1, 2009 at 6:12 AM

    Terima kasih Jimi atas maklumat ni. Nanti saya daftar kat sana. :)

     

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.