Menutup aurat merupakan satu kewajipan buat umat Islam. Baik lelaki mahupun wanita. Namun di sini, saya akan menyentuh serba ringkas panduan pemakaian untuk muslimah. Kebetulan saya ada membacanya tempohari. Jadi, izinkan saya kongsi sikit dengan anda ya.


Berikut ialah 6 kriteria pemakaian untuk wanita Islam yang mematuhi syariah:


1. Tak nipis


Pakaian yang diperbuat daripada fabrik yang tidak nipis. Pastikan juga ia benar-benar menutup atau melindungi tubuh seseorang muslimah.


2. Tak menampakkan bentuk tubuh


Anda boleh memilih pakaian yang agak longgar dan memberikan keselesaan pada tubuh.

Sebaliknya, elakkan memakai pakaian yang jarang yang longgar di mana anda memakai inner yang ketat. Ini kerana ianya sama saja seperti memakai pakaian ketat dan sendat.


3. Menutup setiap bahagian yang dikira aurat


Dah namanya menutup aurat, kan? Anda mestilah memastikan pakaian tersebut hanya menampakkan muka dan 2 tapak tangan.

Sedar atau tak, setiap wanita dianugerahi kulit yang lebih lembut dan gebu berbanding lelaki. Dengan menutup aurat, secara tak langsung anda sebenarnya memelihara kulit daripada anasir luar.


4. Tak menyerupai pakaian kaum lelaki.


5. Bukan pakaian syuhrah


Maksudnya tidak memakai jenis pakaian yang mempunyai unsur menunjuk-nunjuk atau berbangga diri.


6. Tak menyerupai pakaian bukan Islam


Begitulah secara ringkas panduan pemakaian yang boleh dijadikan garis panduan. Wahai muslimah sekalian, diharap sebelum membeli pakaian ataupun busana; semaklah dulu kriteria di atas.

Andai ia menepati kesemua yang dinyatakan, barulah anda membelinya ya.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.