Tudung Via Online

Salam Ceria diucapkan khas kepada anda yang sedang mengunjungi blog ini. Semoga kunjungan ke blog ini menjadi detik terbaik anda pada hari ni.
Kalau tak terbaik pun...at least ia dapat mengurangkan stress atau menenangkan diri anda seketika.

Memandangkan ada sesetengah individu yang belum berpeluang untuk melihat koleksi tudung terkini di http://tudung-online.com, saya akan memudahkan kerja anda dengan membawakan koleksi-koleksi tersebut ke blog ini. Anda akan disajikan dengan gambar-gambar dan sedikit maklumat berkaitan supaya dapat merancang perbelanjaan atau pun boleh cuci mata jap:P

Lagi satu, ada yang meminta saya mengirimkan koleksi tersebut ke e-mel mereka tapi saya kurang pasti sama ada mereka telah terima atau tidak? Jadi, saya mengambil inisiatif terbaik dengan memaparkan sebahagian gambar koleksi tersebut untuk keselesaan dan kemudahan anda semua:)

Di sini, saya akan memaparkan koleksi pilihan saya dan juga yang 'hot' di pasaran supaya anda dapat melihat atau memilih yang terbaik! Namun, jika anda mahukan koleksi penuh terutamanya warna pilihan atau pun corak yang lain boleh teruskan hajat anda di http://tudung-online.com

Berikut ialah koleksi hot yang saya maksudkan;



Tudung di atas ialah Tudung SpaQ Berlian Oktant Gucci.
Kod: VVIP1
Harga: RM120

Pada pandangan saya, tudung ni mempunyai ciri-ciri glamor dan anggun bergaya. Bling, bling gitu! Namun ia tetap ringkas dan anda kelihatan lebih berani dan yakin.
Seperti yang tertera di gambar, harga pasaran RM195 dan harga butik RM350.
Anda memang boleh berjimat jika beli secara online!!
Psst...ala-ala cerita SpaQ kat TV3 tu:P



Tudung Sulam Terkini Eksklusif, Berlian Oktant Swarovski, Bawal No.1 Jepun
Kod: YB1
Harga: Rm98

Tudung jenis ni lebih ringkas tapi memiliki tarikan tersendiri. Sejuk mata memandang:)



Ini pula ialah Tudung Manjalara Double Oktant Natasha, Bawal No 1 Jepun
Kod: YB3
Harga: RM90

Ia memang simple tetapi kelebihannya terletak pada Double Oktant Natasha. Ringkas tapi menarik dan sesuai dipakai semua peringkat umur.



Wah! Ini pula Tudung Dr. Syeikh Muzaffar Shah, Berlian Oktant, Eksklusif. Memang cantik dan elegan.
Kod: YB3
Harga: RM90




Tudung Batu Gajah Natasha Liku, Bawal No 1 Jepun.Ia kelihatan ringkas dan trendy.
Kod: YB5
Harga: RM82




Inilah dia Tudung Sulam Mekah (Handmade), Bawal No 1 Jepun. Sungguh manis dan mempersonakan.
Kod: VIP
Harga: RM79




Tudung Batu Gajah Natasha, Bawal No 1 Jepun
Kod: VIP1
Harga offer: RM70
Psst...paling hot di pasaran tetapi terdapat dalam pelbagai warna pilihan!




Tudung Sulam Puteri, Berlian Oktant, Bawal No 1 Jepun
Kod: VIP4
Harga: RM71
Ia memang cantik dan ringkas:)




Akhir sekali, inilah dia Tudung Plain Liku, Berlian Oktant, Bawal No 1 Jepun
Kod: KA1
Harga: RM47
Tudung jenis ini pun terdapat dalam pelbagai warna pilihan. Anda boleh pilih yang mana berkenan di hati:)

Macamana dengan paparan di atas? Harap dapat membantu anda dalam usaha mencari tudung yang sesuai untuk diri sendiri atau pun menghadiahkan kepada ibu, isteri atau rakan. Bagi yang masih single tentulah buat yang tersayang:p Tak gitu?

Sebenarnya, saya mahu memudahkan dan memperkenalkan anda bahawa tudung juga boleh didapati secara online. Pelbagai warna dan corak menarik tersedia untuk anda.
Saya mencadangkan kepada anda untuk membeli di http://tudung-online.com kerana ramai yang telah berpuashati dengan tudung yang dibeli.

Mungkin harganya agak tinggi sikit tetapi kualiti tudung yang dijual juga bermutu tinggi. Selain itu, melalui pembelian online, anda dapat menjimatkan masa, tenaga, minyak dan duit parking.

Cuma yang penting anda mempunyai perbankan online seperti Maybank2u.com. Jika anda nak guna cash deposit pun boleh tapi anda terpaksa juga keluar rumah atau pejabat untuk membuat pembayaran. Melalui perbankan online anda boleh pesan dan bayar terus secara online. Semuanya di skrin komputer anda. Mudahkan?

Sekian dulu untuk kali ini tetapi kita jumpa lagi setelah saya dapat bahan dan tips lain untuk dikongsi bersama.

Ahaah! Jangan lupa singgah ke Tudung via Online lagi yer. Sampai bertemu di lain waktu.

Wassalam.

Tudung Via Online

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.