Salam Bahagia pada pembaca "tudung via online". Semoga sihat selalu.
Oh yea! Macam mana dengan cuaca di tempat anda? Kat sini, boleh dikatakan setiap hari hujan. Kalau pagi cuaca elok, petang mesti hujan. Begitulah sebaliknya.

Mungkin hujan rahmat agaknya.

Saya nak sambung tentang tazkirah dari dua post terdahulu. Sebelum terlajak membaca, sekali lagi saya menyeru saudara-saudari agar dapat membaca dengan hati yang terbuka yer;p

Saya tak bertujuan nak menyinggung sesiapa dan ia tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Anggaplah tulisan kali ini sekadar panduan, mudah-mudahan mendapat rahmat. Amin.

Diriwayatkan oleh Abu Daud dari Aisyah bahawa Asma binti Abu Bakar menemui Rasulullah sedangkan ia memakai pakaian nipis. Maka Rasulullah berpaling darinya dan berkata kepadanya:

"Wahai Asma! Sesungguhnya jika seorang wanita itu telah mencapai masa haid, tidak baik jika ada bahagian tubuhnya yang terlihat, kecuali ini."

Kemudian baginda menunjukkan wajah dan telapak tangannya.


Malangnya, masih ramai remaja muslimah yang tak serius dalam perkara ini;(

Tapi apa yang lebih malang, kebanyakan ibu bapa yang mengaku Islam...pada masa yang sama tak berani nak menegur anak gadis mereka yang berpakaian ketat dan sendat;((

Kalau kita lihatlah (bukan lagu Faizal AF4 tau), trend berpakaian wanita sekarang majoritinya suka memaparkan lekuk dada dan bentuk punggung mereka.

Sebagai contoh, ramai pelajar kolej dan IPT yang memilih t-shirt pendek + sendat yang mendedahkan lengan atau pusat ataupun kedua-duanya sekali!
Dipadankannya pula dengan seluar jeans ketat! Huh, stylo tuh!
Ringkas, up to date dan ranggi.

Mereka redha dan taksub dengan fesyen ciptaan Yahudi dan orang kafir laknatullah.

Ish...ish haram tu dik. Macam mana ilmu nak berkat?
Tapi itulah realiti kehidupan sekarang.

Kalau sesiapa yang terasa, saya minta maaflah yer. Mudah-mudahan suatu hari nanti saya doakan awak akan berhijrah ke arah kebaikan:)

Sambung lagi sikit....

Sebab yang namanya menutup itu tidak akan terwujud kecuali tidak jarang. Kalau dah jarang, ia hanya akan mengundang fitnah (godaan) dan beerti menampakkan perhiasan.

Dalam hal ini juga Rasulullah telah bersabda:

"Pada akhir umatku nanti akan ada wanita-wanita yang berpakaian namun hakikatnya telanjang. Rambut mereka dipamer dan dibanggakan. Kutuklah mereka kerana sebenarnya mereka adalah kaum wanita yang terkutuk. Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya, padahal baunya syurga itu dapat dicium dari perjalanan sekian dan sekian" (Hadis Riwayat Muslim)

Bersambung..........

Baiklah semua pembaca yang dihormati, saya minta diri dulu yer. Ada perkara yang perlu saya dahulukan.

Ahaah! Sampai bertemu lagi!

Wassalam.

Tudung Via Online

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.