Tudung Via Online

Salam Maulidur Rasul Buat Umat Islam & Salam Bahagia Untuk Semua,

Beberapa hari yang lalu, "koleksi tudung" terbaru telah dimasukkan di http://tudung-online.com. Untuk itu, kali ini, saya nak "expose" sebahagian "koleksi tudung" tersebut kat sini. Mudah sikit anda nak tengok kan?

Antara koleksi tudung yang menarik perhatian ialah:

1. Tudung Kerawang Tampal Preciosa


Variasi warna untuk tudung jenis ini memang pelbagai. Rambang mata nak memilihnya.

Jika anda berkenan, kod untuk tudung precioasa ni ialah KA2. Harganya pula ialah RM45.

Di bawah ni, terdapat lagi pelbagai warna yang bersesuaian dengan anda.



2. Tudung Mawi Berlian Oktant Bunga Tabur Sulam Campur


Tudung Mawi ni kelihatannya masih lagi mendapat tempat di kalangan wanita. Mungkin mereka peminat Mawi kot?

Atau mungkin ia ada nilai tersendiri yang mengingatkan pada nostalgia lama? Chewahh!

Apa pun, kepada anda yang meminati "tudung" ini, kodnya DTN2 dan berharga RM56.

Pilihan warna yang ada juga pelbagai dan pastinya memenuhi selera sebahagian besar para wanita:)

3. Tudung Sulam Simple Tepi Kemas


Wah! "Tudung" ni memang ringkas dan manis. Memang sesuai untuk si anak gadis. Ia bakal menambahkan keayuan si pemakai.

Jika mak dara yang ingin memakai, apa salahnya! Ia memang pada untuk semua golongan.

Cuma yang ingin saya tekankan, pemilihan warna yang patut di ambil kira.
Oh ya, sebelum terlupa...kodnya DS4 dan berharga RM33.

4. Tudung Sulam Kerawang Tanjung Berlian


Untuk koleksi ini, warna yang ada agak terhad berbanding koleksi yang lain. Namun, warna yang ada ni memang tidak mengecewakan.

Terutamanya jika anda telah memiliki baju yang bersesuaian untuk digayakan bersama?

Jangan tunggu lagi....dapatkannya melalui kod VIP3 dengan nilai RM73.

5. Tudung Bunga Campur Berlian Natasha


Yeah! Tudung ini agak menarik juga. Dengan batu berlian Natasha yang ringkas tetapi cukup memberi impak kepada si pemakai.

Tapi harus diingat, tujuan memakai tudung adalah untuk menutup aurat dan bukan menunjuk-nunjuk.
He..he...he....sekadar mengingatkan.

Jika dah betulkan niat anda, jangan tunggu lama-lama, nanti melepas...
Ia boleh dimilikki dengan RM85 dan dilabel sebagai YB4.

6. Tudung Sulam MIRC Berlian Natasha


Kod untuk tudung MIRC ialah YB4 dan boleh didapati juga dengan harga RM85.
Ya, sama seperti "tudung bunga campur berlian Natasha".

Koleksi tudung jenis ini juga menarik.

Dengan bahagian tepinya berliku dan dihiasi pula oleh batu berlian Natasha.
Itulah antara kelebihan yang membuatkannya bertambah unik.

7. Tudung Harga Kawan-Kawan Berlian Oktant


Ermmm...tudung harga kawan-kawan pun ada? Baru pertama kali saya mendengarnya!
Apakah agaknya maksud di sebalik nama tu?

Jika dilihat dari segi corak dan batu, harga yang ditawarkan memang berbaloi iaitu RM67. Dengar cerita, tudung ni antara yang mendapat sambutan hangat!
Jika tak mahu ketinggalan dapatkannya di http://tudung-online.com melalui kod MB1.

Pada pandangan saya, tudung ni direka mungkin sebagai tanda menghargai pelanggan setia http://tudung-online.com. Tapi berita gembiranya, anda yang tak pernah membeli pun dapat memilikinya pada harga yang sama!

Anda bagaimana? Koleksi di atas hanyalah pilihan dari pandangan mata saya sahaja. Lain orang, lain citaranya. Tak gitu?

Akhir sekali, BERITA BERBALOI untuk semua - Pembelian pada hari ini, 20 Mac 2008 sempena sambutan Maulidur Rasul, anda akan diberi "diskaun" sebanyak RM5 hanya di http://tudung-online.com

Jadi, buatlah pilihan yang bijak sementara masih sempat!

Ahah! Sampai bertemu di lain waktu.

Wassalam.

Tudung Via Online

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.