Salam Sejahtera & Selamat Bertemu Kembali....

Apa khabar anda di sana? Masih musim hujan lagi ker kat sana? Cuaca di sini masih seperti dua minggu lepas. Cuma kali ini agak konsisten.
Sebelah pagi cuaca memang cantik! Manakala menjelang waktu maghrib....hujan pun turun dengan lebatnya.

Baiklah saudara, kita lupakan dulu soal hati cuaca yer;p

Saya bercadang ingin menyambung artikel yang lepas. Harap anda teruskan bersama saya di sini dan tidak ke mana-mana.

Ibnu Abdil Barr berkata:

yang dimaksud oleh Nabi ialah kaum wanita yang mengenakan pakaian yang nipis, ketat, yang dapat mansifati(menggambarkan) bentuk tubuhnya dan tidak dapat menutup atau menyembunyikannya.

Mereka itu tetap berpakaian namanya, tetapi hakikatnya telanjang dan Allah melaknatnya.


Mereka tidak akan masuk syurga dan juga tidak akan mencium baunya


Dari Abdullah bin Abu Salamah,

Bahawasanya Umar bin Al-Khattab pernah memakai baju Qibtiyah (jenis pakaian dari Mesir yang tipis dan berwarna putih).

Kemudian Umar berkata: Janganlah kamu pakaikan baju ini kepada isterimu!

Seseorang kemudian bertanya: Wahai Amirul Mukminin, telah saya pakaikan itu kepada isteriku dan telah aku lihat di rumah dari arah depan mahupun belakang, namun aku tidak melihat sebagai pakaian yang nipis!

Maka Umar menjawab:

"Sekalipun tidak nipis, namun ia menggambarkan lekuk tubuh"

(HR Al-Baihaqi)
.


Para pembaca sekalian, saya rasakan setakat ini sahaja yang ingin saya kongsikan bersama anda.

Biarlah ringkas sahaja tetapi dalam maksudnya jika kita rajin mengkaji dan menelitinya hingga ke akar umbi.

Cuma harapan saya, agar kita semua dapat menghayati Hadis Riwayat Al-Baihaqi di atas untuk manfaat bersama.

Saya sentiasa mendoakan agar semua wanita baik yang sedang membaca mahupun di luar sana dapat sesuatu input berharga darinya.

Tidak lupa juga kepada para lelaki yang merupakan pemimpin keluarga, diharap anda dapat mengingatkan dan berpesan baik kepada isteri mahu pun kepada anak perempuan anda semoga kita semua mendapat keberkatan dariNya.

Sebelum mengundurkan diri, saya sekali lagi ingin memohon maaf sekiranya ada tulisan di atas yang menyinggung perasaan sesiapa.

Saya sama sekali tidak berniat untuk memburuk-burukkan atau mengaibkan mana-mana pihak. Ia hanyalah bacaan untuk semua tanpa ditujukan kepada pihak-pihak tertentu.

Sebenarnya, saya sekadar ingin berkongsi tentang apa yang diajarkan kepada kita supaya tiada yang menyimpang jauh atau pun tersesat jalan.

Ahaah! Sampai bertemu di lain waktu dan jumpa lagi;p

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.