Salam Ceria,

Lazimnya, pemakaian aksesori memang sinonim dengan wanita. Seseorang wanita itu akan kelihatan lebih berseri jika mengenakan perhiasan tambahan seperti bracelet, cincin, rantai, anting-anting dan pelbagai aksesori lain. Untuk itu, setelah sekian lama memberi tumpuan pada tudung, kini tibalah pula giliran aksesori untuk diketengahkan. Aksesori pilihan hari ini ialah bracelet.

Di sebelah kiri anda ni ialah bracelet yang berkod B001.

Pada pemerhatian saya, bracelet ini sesuai dipadankan ketika menghadiri majlis formal. Ia sesuai dipadankan dengan sebarang warna busana anda. Apa yang lebih penting ialah ia tidak terlalu sarat dan memang elegan. Anda boleh memilikinya pada harga RM120.

Manakala yang di sebelah kanan ini pula ialah bracelet B003. Macam mana, cantik tak?

Bagi saya ia memang cantik. Saya suka akan batunya yang berwarna hijau tu:)

Anda juga boleh menggayakannya di majlis formal atau semasa menghadiri majlis perkahwinan:)

Bracelet ni akan menampakkan bahagian atas pergelangan si pemakai dipenuhi dengan deretan tiga batu hijau. Ia mungkin sesuai dipadankan dengan baju yang berwarna putih atau krim, hitam dan mungkin juga hijau yang berlainan rona. Oh, ya! Sebelum terlupa, anda boleh mendapatkannya pada harga RM95.


Akhir sekali, di atas ini pula ialah bracelet B006. Ia agak terlalu ringkas. Mungkin lebih sesuai untuk remaja belasan tahun ataupun gadis berusia di awal 20-an. Mungkin juga sesuai dengan gadis yang bertubuh kecil molek. Comel loteh gitu:) Tak banyak yang boleh saya perkatakan tentangnya.

Namun, bagi anda yang sukakan penampilan ringkas tetapi tetap mahu kelihatan maintain manis ia memang bersesuaian. Selain itu, penjagaan bracelet ini juga tampak lebih mudah berbanding dengan dua bracelet di atas. Bracelet B006 ni boleh menjadi milik anda dengan hanya RM45.

Sekiranya anda kurang berpuas hati dan mahukan lebih pilihan, boleh lihat di sini.

Tapi anda jangan risau. Saya akan terus paparkan aksesori lain lagi di sini. Cuma bezanya saya tidak paparkan semua sekali. Saya akan memilih beberapa koleksi yang menarik perhatian saya saja.

Ahaah! Sekian dulu buat kali ni dan sampai bertemu di lain waktu.

Sekian, terima kasih.

Wassalam

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.