Aksesori Wanita

Salam Ceria,

Hai, hari ni saya akan tunjukkan kepada anda koleksi gelang tangan pula. Kesemua koleksi ini boleh anda perolehi di Kedai Aksesori Online. Maklumlah, tak lama lagikan musim cuti sekolah. Bila dah musim cuti, ramai pihak yang akan mengadakan majlis perkahwinan. Bila dah terlalu banyak jemputan, mungkin anda perlukan satu atau dua aksesori baru untuk digayakan semasa ke majlis perkahwinan tu. Ye tak?

Koleksi aksesori yang pertama ni ialah gelang G0001. Bentuknya agak ringkas dan bahagian yang sedikit curve itu telah menonjolkan keunikannya.

Satu lagi, susunan sebaris batu-batuan itu memang kemas dan menyerlahkan gaya elegan si pemakai. Anda boleh memilikinya pada harga RM70.

Keduanya, ini pula ialah gelang G0002. Bahagian mukanya agak lebar dan sesuai untuk wanita yang mempunyai pergelangan tangan yang sederhana dan besar sikit. Ini kerana corak dan batu-batuannya lebih tertumpu di bahagian tengah muka gelang tersebut. Ia ditawarkan pada harga yang sama dengan gelang G0001 iaitu RM70.

Dan yang terakhir untuk hari ini ialah gelang G0003. Gelang tangan yang ini juga menarik perhatian saya selain gelang G0001. Bukannya apa, walaupun ia agak ringkas tapi tetap memberi impak pada saya bila melihatnya. Tak tahulah pula jika anda tak tertarik. Lain orang lain citarasanya, kan? Harganya pun sama dengan kedua-dua gelang di atas iaitu RM70 setiap satu.

Suka saya ingatkan di sini agar jika anda ingin memiliki atau telah memiliki gelang seperti di atas, pastikan anda memakainya secara cermat. Kalau boleh, pakai dalam jangka masa yang tidak terlalu lama.

Ini kerana, kalau cara pemakaian anda agak lasak atau anda sering "buat basahan", saya risau batu-batuan tersebut lebih mudah tertanggal. Bila dah tertanggal, ia memang boleh digam semula tetapi mesti "feel" anda semasa memakainya agak "kureng" sikit.

Namun begitu, koleksi gelang di atas masih merupakan salah satu alternatif terbaik bagi anda yang sering menghadiri pelbagai majlis atau "function". Bila dah terlalu banyak majlis yang perlu dihadiri, anda tentunya memerlukan aksesori tambahan atau yang baru bagi memberikan fresh look pada penampilan masing-masing:)

Ahaah! Sampai bertemu lagi dengan aksesori seterusnya. Jika anda nak lihat koleksi lain boleh jenguk di sini.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Aksesori Wanita

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.