Bertudung Tapi Nampak Betis
11:47 | 0 comments | Bertudung, Fenomena Wanita Bertudung, Malaysian Cub Prix Championship, Nampak Betis, Wanita
Salam Ceria,
Dalam episod kali ini, saya ingin kongsikan lagi satu fenomena wanita bertudung. Seperti biasa, ia memang tiada kaitan dengan mana-mana pihak. Ia hanyalah sekadar renungan bersama. Baiklah, tanpa membuang masa, jom kita baca apa yang tertulis di bawah ni:)
Kalau anda perasan, kebanyakan wanita boleh atau pandai menunggang motorsikal. Walaupun pada usia yang terlalu muda iaitu sekitar awal belasan tahun. Kekadang, ada yang lebih hebat dari lelaki. Sebagai contoh, dalam Malaysian Cub Prix Championship baru-baru ini pun ada wakil wanita. Ummph...memang hebat wanita zaman sekarang ni.
Bercakap mengenai wanita yang bawak motor ni, saya sebenarnya gemar melihat mereka yang menunggang skuter. Tak tahulah kenapa, tapi tampak lebih manis dan comel jer. Lebih-lebih lagi yang pakai baju kurung:)
Cuma jikalau anda perasan, kebanyakan wanita baik yang menunggang motor ataupun yang membonceng, betis mereka pasti tersingkap. Terutamanya yang pakai kain. Kalau yang pakai seluar panjang atau jeans memang tiada masalah.
Kekadang bukan sengaja...tapi mungkin tak perasan kot. Biasanya terjadi kat wanita yang bawak kapcai. Jika menaiki skuter, yang lebih risiko untuk menampakkan betis mereka ialah yang membonceng jer. Betul tak?
Sebenarnya, bercerita mengenai wanita bertudung nampak betis ni, saya teringat pada suatu Hadis Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni. Kebetulan saya baru saja terbaca mengenainya.
Maksudnya:Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya)
Menurut Imam Mujahid, hadis ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi S.A.W dan para sahabat.
Maka dengan segera Nabi S.A.W memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai Nabi S.A.W memuji dan menyebut hadis di atas (Hadis Riwayat Al-'Uqayli, Dar Qutni).
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tidak berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
Sebahagian artikel dipetik dari buku 'Mengapa Aurat Haram Didedah' oleh Dr. Rokiah Ahmad
Ooh! Sekarang ni barulah saya tahu kenapa ustazah saya dulu pakai stoking tebal semasa bawak motor ke sekolah:)
Baiklah, saya harap perkongsian kali ini dapat memberi manfaat pada semua. Mungkin lepas ni, anda boleh perbaiki kekurangan atau kesilapan yang pernah dilakukan sebelum ini.
Ahaah! Sampai bertemu di lain kali.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.
Tudung Via Online
Comment
ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI
Post a Comment