Tudung Via Online

Salam Ceria,

Sejak dah habis siri Puteri kat TV3 beberapa minggu yang lepas, jarang kita lihat kemunculan Nora Danish di kaca televisyen. Betul tak? Ataupun hanya saya jer yang jarang tengok tv. He..he.. Namun, itu semua tak penting. Apa yang saya nak katakan hari ini ialah mengenai koleksi tudung terbaru di Tudung Online. Anda dah tengok ke belum? Kalau belum, saya akan paparkan di sini khas buat anda semua:) Dan seperti kebiasaan, saya akan menyiarkan koleksi yang terbaru saja, ok;)

Tapi sebelum itu, kalau anda yang ke sini hanya kerana nak lihat Nora Danish, saya sertakan juga gambar dia. Manalah tau mungkin ada yang ke sini semata-mata nak tengok Nora Danish jer. Gambar ni mungkin dah lama iaitu sewaktu pernikahan dengan suaminya. Betulkan kalau saya silap yer;p

Baiklah berbalik pada koleksi tudung kita. Koleksi terbaru kali ini ialah Tudung KLCC (New Design), Tudung Nora Danish Double, Tudung Qistina, Tudung Sulam Simple Oktant Natasha, Tudung Tabur Oktant Sulam Kerawang Penuh, Tudung Mawi Berlian Oktant Bunga Tabur Sulam Campur dan Tudung Sulam Simple Tepi Kemas.

Ya, semua tudung di atas pernah saya paparkan di sini. Namun di bawah ini saya sertakan koleksi yang baru dibawa masuk. Jadi, saya jemput tuan-tuan dan puan-puan untuk mencuci mata seketika. Kalau ada yang berkenan boleh membeli:) Kalau nak membeli, silalah ke sini.


Fig.1 : Kod - EB dan boleh didapati dengan harga RM150.


Fig. 2: Kod - VVIP (Tudung Qistina) boleh dimiliki dengan RM120 sehelai.


Fig.3 : Kod - VIP3 dan harganya RM73 sehelai.


Fig.4: Kod - DTN1 dengan harga RM59 sehelai.


Fig.5: Kod - DTN2 untuk RM56 sehelai.


Fig.6: Kod - DS4 dan boleh didapati pada RM33.

Apa yang menarik di sini ialah anda sentiasa disajikan dengan pelbagai jenis dan warna tudung. Apa yang lagi best ialah tawaran istimewa sering diberikan dari semasa ke semasa. Terutamanya pada anda yang membeli lebih daripada sehelai.

Cadangan saya:

Anda kumpulkan dan pakat dengan rakan-rakan yang berhasrat nak beli tudung dan order sekaligus. Lagi ramai yang nak beli lagi cerah peluang anda dapat harga yang lebih murah;)


Akhir kata, semoga paparan kali ini dapat menjamu mata anda seketika. Jika anda koleksi terbaru, saya akan paparkan di sini. Jadi, jangan lupa ke sini selalu;p

Ahaah! Sampai bertemu kembali di lain waktu.

Wassalam.

Tudung Via Online

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.