Tudung Via Online

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Semoga anda semua berada dalam keadaan sihat dan bersemangat. Hari ini nak mengajak anda mencuci mata jap:) Ini kerana ada koleksi tudung baru yang boleh anda tengok. Baiklah, tanpa berlengah saya persembahkan koleksi tudung dari Kedai Tudung Online

Ayuh kita mulakan dengan Tudung Qistina. Kali ini koleksi yang dibawa masuk semuanya berwarna agak lembut. Menurut pemilik kedai, hari ini harganya diturunkan kepada RM100. Harga biasa ialah RM120.

Sekiranya anda berkenan, kod untuk Tudung Qistina ini ialah VVIP.

Seterusnya, ini pula ialah Tudung Manjalara. Pada kemasukan kali ni, Tudung Manjalara boleh diperolehi dengan pelbagai pilihan warna. Baik warna cerah, lembut, gelap dan mahu pun yang terang.

Satu lagi berita baik ialah ada tawaran menarik untuk anda. Jika membeli dua helai, anda hanya perlu membayar pada harga RM80 sehelai. Harga biasa ialah RM99. Jadi, anda boleh jimat RM19. Menurut pemilik, ia adalah tawaran "harga cuci kedai".

Cadangan saya, jika anda benar-benar berminat dengan Tudung Manjalara ni tetapi nak beli sehelai jer pada harga RM80 - Pelawa mana-mana rakan anda di sebelah atau sesiapa saja yang berminat dengan tudung jenis ni. Selepas tu, berpakat menggunakan nama salah seorang dari anda ketika urusan pembelian.

Pastikan anda percaya dengan penama tersebut dan pastikan juga beliau adalah seorang yang amanah, ok:)
Kod untuk Tudung Manjalara ni ialah VVIP.

Ketiganya ialah Tudung Batu Gajah Natasha. Kodnya VIP1.

Harga biasa ialah RM70. Seperti biasa untuk hari ini, jika anda membeli lebih daripada sehelai ada diskaun tambahan diberikan. Iaitu anda boleh jimat sehingga RM30 sehelai.

Maknanya anda hanya perlu membayar RM40 sehelai. Jika berminat, bolehlah berpakat dan berbincang dengan kawan-kawan anda:)

Sebenarnya, saya memang kurang pasti tempoh jualan murah yang sedang berlansung ni. Jika anda mahukan kepastian, anda boleh menghubungi pihak Kedai Tudung Online secara terus menerus. Silap haribulan, anda boleh dapat diskaun tambahan lagi. Siapa tahu kan kalau dah rezeki anda;))

Tapi yang pastinya, koleksi tudung jenis ini memang "hot" sejak ia baru diperkenalkan sehinggalah ke hari ini.


Akhir sekali, koleksi yang menarik perhatian saya pada kali ni ialah Tudung Sulam Manis Berlian Natasha. Namun, apa yang saya kesalkan, semasa saya menulis ni, banyak yang telah terjual. Kini yang tinggal hanyalah tanda tanya kod VIP4 86, 87, 88, 98, 100 dan 101.

Harga untuk tudung berkod VIP4 ini ialah RM71. Kalau tak salah, Tudung Sulam Manis Berlian Natasha ni antara koleksi yang terbaru. Mungkin atas sebab itulah ia terjual macam pisang goreng panas.

Bagi saya, ia seperti rekaan atau corak lama yang diberikan nafas baru. Penambahan berlian Natasha di sekeliling bahagian tepi nyata telah berjaya menampilkan sedikit kelainan.

Ahaah! Sampai di sini dulu untuk kali ini. Sebenarnya memang banyak lagi koleksi tudung yang baru dimasukkan. Tapi hanya seperti yang di atas saja sempat saya kongsikan bersama.

Jika anda ingin melihat koleksi yang lain, sila ke Kedai Tudung Online

Sekian, terima kasih.

Tudung Via Online

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.