Tudung Via Online

Salam Ceria,

Mawi seperti yang kita tahu, baru saja dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular Anugerah Berita Harian. Jadi sebagai menghargai sokongan yang tak berbelah bagi daripada Ikin, Mawi nekad untuk membuat sesuatu yang menyenangkan hati buah hatinyaIkin. Maklumlah, sejak akhir-akhir ni, pelbagai tohmahan negatif telah dilemparkan kepada Ikin. Kesian jugak Mawi tengok Ikin ni. "Pasal saya Ikin kena tuduh yang bukan-bukan. Saya memang tak percaya kalau Ikin main bomoh ni", kata Mawi dengan selamba. Ikin yang berada tidak jauh dari tempat Mawi ditemubual oleh wartawan Melodi hanya mampu tersenyum. Kata hati Ikin, "Mawi memang mengenal hati budiku ini". Cheewwah!!!

Selepas ditemubual, Mawi pun suruh bodyguard dia amik satu bungkusan. Mawi terus mendekati Ikin dan menghadiahkannya Tudung Mawi Berlian Oktant Bunga Tabur Sulam Campur. Nak tengok rupa "tudung" tu? Tataplah sepuas-puasnya kat bawah ni:


Tak tahu pulak saya berapa jumlah "tudung" yang Mawi belikan untuk Ikin tu. Sebab Mawi bagi dalam bungkusan yang memang romantik warnanya;p Pink color lagi tu! Sweet habis.

Apa yang saya tahu harga sehelai tudung ni RM56 dan kodnya DTN2. Itupun tokei kedai tudung online yang bagi tau.

Pada asalnya tokei kedai tudung online tu bagi cadangan kat Mawi supaya bagi "tudung" yang lain kat Ikin. Special sikit macam kat bawah ni

1. Tudung Qistina Berlian Gucci Oktant, RM120 sehelai dengan kod VVIP

ATAU

2. Tudung Sulam MIRC Berlian Natasha yang berharga RM85 (Kod-YB4)

ATAU PUN

3. Tudung Batu Gajah Natasha Liku yang memang tengah hot sekarang ni. Harganya dalam RM82, kod-YB5.

ATAU paling kurang pun macam di bawah ni

4. Tudung Batu Gajah Natasha yang ringkas dan tak terlalu menonjol. Harga untuk yang ni pula ialah RM70(tawaran istimewa) dan kodnya VIP1.

Tapi Mawi tak hiraukan semua tu...yang penting kata Mawi lagi, "Saya nak bagi sesuatu yang betul-betul special di mata Ikin". Sebab itulah saya pilih Tudung Mawi Berlian Oktant Bunga Tabur Sulam Campur ni. Yelah kan, bila pakai "tudung" yang ada nama saya, tentu lebih dekat di hati kan. Hah...ha...!!(gelak style Mawi)

Tok...tok...tok... bunyi macam orang ketuk pintu. Siapa pulak la yang datang ni. Eh! Mana Mawi, mana Ikin? La...aku kat rumah rupanya. Mimpi di siang hari la plak.

p.s: Sori ek...Cerita kat atas tu hanya mimpi jer. Takde kaitan dengan yang hidup atau pun yang dah meninggal dunia.

Ahaah! Sekian saja mimpi saya pada kali ni. Nanti kita jumpa lagi yer;p Nak pegi basuh muka & bukak pintu, tengok sapa pulak yang datang.

Sekian, wassalam.

Tudung Via Online

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.