Salam Ceria di edisi kahwin,

Edisi kahwin? Kenapa pula edisi kahwin? Siapa pulak yang nak kahwin ni? Emm..mungkin pelbagai persoalan yang telah berlegar-legar di benak fikiran anda kan:-)

Hah, cucu opah nak kahwin lagi! Kalau tak caye tengoklah kat RTM1 pada setiap hari Jumaat jam 2.30 petang. Itupun kalau dapatlah. Kalau tak, memang tak dapek den nak nolong.

Opss...sebenarnya saya bukan nak cerita pasal tu. Ada misi lain yang lebih penting dan bermakna iaitu "persediaan perkahwinan".


Pada post yang lepas saya ada tulis sikit tentang e-book terbaru iaitu Rahsia Mudah Aqad Nikah. Ia ditulis oleh saudara "Meor Shukri" dan telah disemak oleh "Ustazah Noor Haida bt Shohaili".

Sehubungan dengan itu, saya terasa nak tambah sikit tentang "persediaan perkahwinan" ni. Terutamanya mengenai persediaan yang perlu dilakukan oleh pihak lelaki menjelang akad nikah.

Orang lelaki ni kalau dah berkahwin, secara automatiknya naik pangkat. Jadi ketua keluargalah katakan dan tanggungjawab pun makin bertambah.

Tapi sebelum naik pangkat, kenalah berhadapan dengan tok qadhi dulu, ye tak? Dah persiapkan diri dengan jawapan terhadap soalan-soalan ramalan yang bakal ditanya?


Jika belum, saya nak berkongsi dan mengingatkan bakal pengantin lelaki tentang persoalan yang bakal dihadapi kelak.


Secara ringkasnya seperti:


1. Pertanyaan berkaitan akidah seperti pengertian iman, rukun Iman dan rukun Islam beserta huraiannya.

2. Perkara-perkara Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah seperti bersuci, jenis-jenis air, wudhu, solat, jenis-jenis najis dan yang berkaitan.

3. Pertanyaan berkenaan nikah dan perceraian seperti hukum dan rukun nikah, maksud talak dan bilangannya, fasakh, rujuk, iddah dan zihar.

4. Pertanyaan hak dan tanggungjawab suami isteri menurut syarak dan undang-undang seperti hak dan tanggungjawab sebelum nikah, selepas nikah dan selepas bercerai.


Macam mana, semua yang di atas ni anda dah "master"? Mungkin ada sebahagian lagi perkara yang tak disebutkan di atas.

Walaubagaimanapun, jika dah "master" tahniah saya ucapkan!


Bagaimana pula dengan:


1. Persediaan Pendaftaran Nikah - Adakah anda tahu 5 perkara ni?


2. Persiapan Akad Nikah - Adakah anda tahu 4 perkara ni?


3. 10 Kesilapan Semasa Akad Nikah - Adakah anda tahu di mana silapnya?


4. 7 Sebab Pengantin Lelaki Tersilap - Anda tahu kenapa?


5. Turutan Peristiwa Akad Nikah - Anda tahu 11 peristiwa penting ni?


6. Adab Semasa Akad - Adakah anda tahu 6 tip penting ni?


7. Majlis Perkahwinan - Anda tahu 9 perkara penting ni?


8. Tip Bajet - Anda tahu 11 panduan untuk membuat bajet yang baik?


9. Senarai Semak Bajet Perkahwinan Lelaki - Anda dah senaraikan semuanya?



Baiklah, sebelum saya tanya soalan seterusnya....


Ada baiknya anda tarik nafas sedalam-dalamnya dan lepaskan perlahan-lahan.

Amacam, dah lega?

Wokey, berapa jawapan anda yang katakan "YA" terhadap persoalan di atas?
Jika semua soalan anda jawab "YA", tahniah sekali lagi saya ucapkan.
Anda memang telah membuat persediaan yang secukupnya:p


Tapi, jika ada di antara jawapan anda yang mengatakan tidak @ belum buat lagi @ belum bersedia.....

Maka saya cadangkan anda dapatkan Rahsia Mudah Aqad Nikah

Mudah-mudahan selepas memiliki e-book ini anda akan tampak lebih yakin dan bersedia.

Ahaah! Setakat ini saja yang termampu saya lakukan buat anda. Mudah-mudahan persediaan, persiapan dan majlis anda berjalan lancar dan mendapat keredhaan darinya.
Sampai bertemu lagi di lain waktu.



Wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.