Salam Ceria,

Oh, tidak! Kenapa wanita tak boleh wangi pulak? Padahal wanita ni, kalau tak wangi mesti kena kutuk punya! Pastu mesti ada kawan-kawan sekelas atau sepejabat yang mengata "Minah, ko ni mandi ke tak ni?". Ataupun kalau kawan yang prihatin, mesti dia hadiahkan minyak wangi atau deodorant;p He...he...dapat hadiah la plak. Kalau camni untunglah jugak. Tapi kalau dah dapat minyak wangi, still ada bau jugak, tak tau la nak kata.

Oh, nampaknya saya dah jauh tersasar ni. Sebelum jauh menyimpang, ada baiknya saya beri penjelasan sikit. Intro di atas tadi tiada kena-mengena dengan apa yang ingin saya sampaikan. Itu kes lain. He..he...

Kisah hari ini adalah sambungan kepada siri "Fenomena Wanita" dan juga "Wanita Oh Wanita". Seperti yang telah dijanjikan, hari ni saya sambung sedikit pasal wanita dan wangi-wangian ni.

Baiklah, siri hari ini bertajuk;

**************************************************************************************************************
Muslimah ditegah Memakai Wangi-wangian di tempat yang Ada Lelaki Bukan Mahram
**************************************************************************************************************

Sebelum kita teruskan pembacaan, saya minta kaum wanita dapat baca dengan hati yang terbuka dan tenang. Usah bimbang, baca tanpa was-was dan pastinya di akhir nanti, anda dapat menggali apa yang tersirat di sebaliknya.

Abu Musa melaporkan, Nabi Muhammad S.A.W pernah berkata:

"Jika seseorang wanita memakai wangi-wangian, kemudian ia lalu di hadapan lelaki yang bukan mahram dan mereka terbau wangian itu, maka wanita itu adalah umpama begitu dan begini."

Hadis Riwayat Abu Daud


Pakar hadis telah menjelaskan maksud umpama begitu dan begini adalah perumpamaan kepada perzinaan iaitu wanita itu dosanya seperti dosa wanita berzina, kerana tarikan haruman tersebut akan meransang kepada berlakunya zina.

Begitulah kisahnya saudara-saudari. Memang bahaya penangan wanita yang wangi ni.
Macam-macam boleh jadi. Terutamanya dalam zaman sekarang ni, semua yang tak diduga atau disangka boleh terjadi.

Sebaiknya, berhati-hatilah dalam memakai wangi-wangian. Sesuaikan dengan tempat, keadaan dan orang yang bakal kita temui.

Apa yang boleh saya katakan kepada wanita yang ingin memakai wangi-wangian, eloklah ditujukan khas untuk suami anda sahaja. Contohnya ketika menghabiskan masa bersama suami di rumah dan seumpamanya.

Bagi saya, yang penting ialah penjagaan kebersihan diri. Jika diri kita bersih, wangi itu akan datang sendiri.
Maksudnya wangi bukan macam pakai minyak wangi tu....tetapi kecantikan diri baik dalaman mahu pun luaran.

Walaupun tak sewangi orang yang memakai minyak wangi tetapi percayalah jika kebersihan diri menjadi keutamaan anda...pasti anda takkan dikata sebagai orang busuk ke, masam ke, bacin ke, hangit ke dan seangkatannya;p

Ahaah! Itulah yang mampu saya coretkan buat kali ini. Nanti saya nak kongsi satu lagi kisah ....tut..tut... biarlah rahsia dulu ok. Jumpa lagi!

Sekian, wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.