Aksesori Wanita

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Selain daripada pemakaian tudung, saya percaya para wanita turut melengkapkan diri mereka dengan pelbagai aksesori tambahan. Bagi yang bertudung, pastinya cincin, gelang tangan dan rantai leher yang agak labuh sedikit menjadi pilihan utama. Namun, mungkin tidak ramai yang arif tentang penjagaan aksesori wanita ni. Ataupun mungkin tiada siapa yang nak berkongsi petua dengan mereka. Kesannya, ramai individu yang musykil kenapa aksesori mereka tak berseri atau berkilau seperti milik sesetengah rakannya yang lain. Padahal mereka membelinya bersama dan melalui penjual yang sama. Harga pun sama cuma 'design' jer yang berlainan. Pelik juga, kan?

Melihat situasi tersebut, kali ini saya terpanggil untuk kongsikan sedikit tentang tip penjagaan aksesori wanita. Kebetulan saya baru saja membacanya di laman web berita harian.

Tapi sebelum itu, pastikan anda tahu atau kenalpasti jenis aksesori tersebut. Adakah ia diperbuat sama ada daripada berlian, mutiara, emas ataupun perak.

Di bawah ini, saya akan kategorikan tip penjagaan aksesori wanita mengikut jenis. Tujuannya adalah untuk memudahkan anda mempraktikkan apa yang telah dibaca di sini:)

Berlian

Permata idaman setiap wanita ini perlu dibersihkan sekurang-kurangnya enam bulan sekali, sebaiknya di kedai barangan kemas terpilih. Bagaimanapun masih ada cara untuk melakukannya sendiri.

Caranya adalah, sediakan air suam dengan sedikit sabun pembersih pinggan. Celup dan berus menggunakan berus kecil supaya dapat menjangkau sehingga ke bahagian yang tersorok.

Apabila selesai, keringkan dengan cara menekan lembut. Atau rendam selama 30 minit ke dalam air yang mengandungi 1/6 bahagian ammonia sebelum dilap kering.

Mutiara

Mutiara tidak boleh terdedah kepada bahan kimia seperti pengilat kuku, penyembur rambut atau ammonia. Justeru, berdandan dulu sebelum menyarung perhiasan ini.

Untuk membersihkannya, gosok menggunakan kain lembut yang direndam sedikit air sabun
dalam gerakan selari. Kemudian dilap dengan kain yang dicelup air bersih.

Perak

Ia tidak semahal perhiasan lain namun material ini sebenarnya perlu dibersihkan selalu bagi memastikan ia sentiasa berkilau. Caranya adalah dengan menggunakan cairan khas untuk perak (dibeli di kedai menjual perhiasan perak). Kemudian lap menggunakan
kain lembap. Perak mudah pudar jika tidak dipakai, justeru elakkan terdedah dengan udara dan cahaya.

Emas

Supaya ia sentiasa berkilau, lap menggunakan kain lembut atau bersihkan seperti berlian.

sumber rujukan:
i. www.bharian.com.my (5 Mei 2008)
ii.www.conectique.com


Ahaah! Harap ia dapat membantu anda mengekalkan kilauan aksesori masing-masing. Pastikan anda mencuba sendiri untuk melihat sejauh mana keberkesanannya:)
Sampai bertemu di lain waktu dan jumpa lagi;)

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Aksesori Wanita

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.