Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Pejam celik, pejam celik...tup...tup...dah tiga minggu rupanya Tudung Via Online tak dikemaskini. Ribuan ampun dan maaf dari saya. Ada beberapa aral yang melintang.... jadinya saya tak dapat menyediakan sebarang post untuk anda. :(

Pap...baiklah kita tutup cerita tu. Kini saya akan sambung semula episod koleksi tudung. Koleksi tudung ni sebenarnya boleh didapati sejak 18 Mei lalu, tapi saya akan buat ulasan khas untuk anda pada hari ini.

Amacam, boleh kan? Kalau boleh, jom kita teruskan ;p

Koleksi tudung pertama yang ingin ditonjolkan pada kali ini ialah Tudung Sulam Comei Air Mata Natasha. Ia merupakan antara rekaan terbaru di pasaran.

Keunikan tudung ini berbanding dengan yang lain ialah kedudukan batu berliannya. Sekali pandang macam anting-anting pun ada, ye tak? Atau mungkin juga macam air mata yang berlinangan. Harap-harap anda yang memakainya tidaklah asyik mengeluarkan air mata...kecualilah kalau tengok cerita sedih, mestilah air mata meleleh. Tak gitu?

Haha...jangan terkejut jika saya katakan yang koleksi tudung ni laris macam pisang goreng panas.

Mana taknya, pilihan yang tinggal untuk anda pilih hanyalah YB4 306, 307, 308, 310 dan 319. Tapi yang lebih menarik perhatian saya ialah YB4 307 dan YB4 310.

Saya menjangka Tudung Sulam Comei Air Mata Natasha ini pastinya akan menjadi "trend" wanita Malaysia sikit masa lagi. Jika anda pandai menggayakannya dengan betul, pastinya anda menjadi ikon Tudung Sulam Comei Air Mata Natasha sedikit masa lagi. ;p

Oh, ya. Anda boleh dapatkannya di Kedai Tudung Online.

Pilih kod tudung: YB4 RM 85 dan kod penuh tudung: YB4 307 (contoh sahaja)

Koleksi kedua yang ingin diketengahkan pada episod kali ni ialah Tudung Batu Gajah Natasha Colour.

Apa yang boleh saya katakan mengenai Tudung Batu Gajah Natasha Colour ini ialah satu perkataan saja iaitu "hot".

Kenapa "hot"?

Sejak tudung ini diperkenalkan, ia selalu terjual dengan begitu cepat walaupun dimasukkan dalam kuantiti yang lebih banyak dari tudung yang lain.

Selain itu, warna yang dimasukkan juga kebanyakannya berubah-ubah. Cuma ada beberapa warna sahaja yang sentiasa dikekalkan seperti putih, krim dan hitam.

Mungkin saya boleh senaraikan beberapa sebab yang membuatkan koleksi Tudung Batu Gajah Natasha Colour ini "hot". ;p Antaranya:

1. Rekaan yang ringkas membolehkan ia sesuai digayakan baik ketika menghadiri pelbagai jenis majlis mahupun ketika bersantai.

2. Mudah untuk dibersihkan atau dicuci.

3. Penjagaan fabriknya juga lebih mudah berbanding jenis tudung yang mempunyai corak berbunga.

4. Boleh digayakan dengan pelbagai corak baju.

Sebelum itu, jika anda berminat mendapatkan Tudung Batu Gajah Natasha Colour ni, sila klik di Kedai Tudung Online.

Masukkan kod tudung: VIP1 - RM77 dan kod penuh tudung: VIP1 379 (contoh sahaja).
Namun, anda hanya perlu membayar RM55 sahaja seperti yang tertera di sini (klik pada bahagian "product")

Cadangan saya untuk anda bagi jenis tudung ini ialah VIP1 379, 383, 386, 392 dan 403. ;p

Koleksi ketiga yang juga terakhir untuk kali ini ialah Tudung Batu Oktant Bunga Colour.

Koleksi tudung jenis ini masih baru dan belum banyak pilihan lagi. Tak banyak yang boleh saya perkatakan mengenainya.

Cuma satu keistimewaan yang membezakannya dengan tudung yang lain ialah batu oktant berbentuk bunga pada keliling tepi.

Jika anda mahu menjadi orang yang terawal memiliki koleksi tudung ini, saya rasa pilihan yang boleh dipertimbangkan ialah VIP1 405 dan VIP1 411.

Seperti biasa, dapatkannya di sini dan pastikan kod tudung ialah VIP1 - RM77 dan kod penuh tudung: VIP1 411 (contoh sahaja).

Ahaah! Nampaknya setakat ini dulu ulasan kali ini. Selepas ini mungkin saya akan ulas mengenai laman web sutera songket pula. Tunggu yea;)

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.