Koleksi Tudung dan Aksesori

Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Kebiasannya, saya akan memaparkan koleksi tudung dan koleksi aksesori secara berasingan. Namun, kali ini saya berhasrat menggabungkannya dalam satu post. Harap anda semua terhibur dan dapat sikit info, ok. :)

Sebenarnya, saya dapat saja tahu yang koleksi tudung terbaru telah dimasukkan di Kedai Tudung Online. Koleksi tudung yang dimaksudkan ialah:

1. Tudung Bandaraya - Kalau tak salah saya, tudung ini merupakan salah satu koleksi yang menampilkan corak terbaru. Sebagai permulaan, hanya sepuluh warna pilihan yang ada.

Pada pandangan saya, sulaman yang menggunakan warna sedondon dengan warna tudung nampak lebih kemas dan "clean". Anda boleh rujuk kepada kod YB5 untuk mendapatkannya. Harga yang ditawarkan ialah RM82 sehelai.

2. Tudung Sulam Manis Berlian Natasha - Koleksi tudung ini juga tergolong dalam rekaan terbaru kali ini. Sulamannya dibuat secara berlayer dan lebih padat dari keluaran sebelum ini.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, saya tetap memilih sulaman yang sedondon dengan warna tudung. Mungkin lebih nampak lebih ringkas dan manis kot.

Namun, pada anda yang berani dan suka bereksperimentasi dengan warna apa salahnya memilih sulaman yang berlainan dengan warna tudung, ye tak?

Lebih penting ialah anda haruslah bijak menyesuaikan tudung tersebut dengan busana atau pakaian anda. Jika pandai bergaya, apa-apa yang dikenakan pada tubuh anda pastinya kelihatan menarik.

Sekiranya anda berkenan, dapatkannya pada harga RM71 dan pastikan kodnya ialah VIP4. Sebelum terlupa, tudung yang berkod VIP4 116 dan VIP 4 120 telah terjual dan yang selebihnya anda masih berpeluang memilikinya :)

3. Tudung Sulam MIRC - Koleksi jenis ini merupakan yang terbanyak dimasukkan pada kali ini iaitu 60 helai.

Namun saya hanya memaparkan sepertiga daripadanya sahaja. Ini berikutan gambar yang kurang jelas jika saya paparkan di sini. Sekiranya anda mahu melihat yang selebihnya, sila klik di sini.

Apa yang saya boleh katakan tentang koleksi tudung jenis ini ialah ceria. Mungkin kebanyakan daripadanya menggabungkan warna-warna yang ceria tetapi tetap kelihatan lembut.

Untuk info anda, koleksi tudung yang berkod MB 52, MB 54 dan MB 70 telah terjual pada harga RM69 sehelai. Secara keseluruhannya pula, kod MB 71, 73, 90, 96, 97, 98, 99, 104, 105 dan 108 telah dijual.

Maknanya, sekarang masih ada 47 helai lagi. Banyak lagi tu. :) Sempat lagi kalau nak pilih rekaan yang cantik.

Jika mahu saya cadangkan, saya syorkan anda perhatikan MB60, MB 62, MB 67, MB 76,MB 77, MB 92 dan MB 100. Setakat ini, semuanya masih ada stok lagi.

Tapi terserah pada anda, lain orang lain citarasanya, kan?

Seterusnya, saya nak sentuh bab koleksi aksesori pula iaitu gelang swarovski.

4. Gelang Swarovski - Kodnya S01 dan harganya RM130.

Rekabentuknya memang unik, ringkas dan elegan serta didatangkan dengan warna yang menarik. Sesuai digayakan semasa menghadiri majlis rasmi mahupun kasual. :)

Ayuh, pastikan ia menjadi sebahagian daripada koleksi aksesori di dalam simpanan anda. ;)

***********************************************************************************************

==>>Dapatkan Koleksi Tudung Anda di sini

==>>Dapatkan Koleksi Aksesori Anda di sini

***********************************************************************************************

Ahaah! Sampai di sini dululah yer;p Nanti saya sambung lagi...

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Koleksi Tudung dan Aksesori

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.