Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Maafkan saya! Itulah yang sepatutnya saya lakukan. Apakah sebenarnya kesilapan saya? Ohh...begini ceritanya. Pada episod lepas, tulisan saya bertajuk "Koleksi Tudung - Koleksi Terakhir Mei 2008". Tapi itu bukanlah hakikatnya. Sebentar tadi, saya baru saja menjengah laman web Tudung Online, dan mendapati ada koleksi tudung yang baru masuk pada 30 Mei 2008. Walaupun hanya satu jenis saja yang dimasukkan, saya tetap akan membuat ulasan untuk anda;p Kalau nak tahu lebih lanjut, ayuh kita bersantai sambil membaca ulasan di bawah.

Ha! Inilah dia koleksi tudung yang dimaksudkan tue:-) Tudung ini dikenali sebagai Tudung Sulam MIRC Berlian Natasha. Ada 20 helai kesemuanya. Setakat ini, anda masih berpeluang memilikinya kerana satu pun masih belum terjual lagi.

Al-maklumlah ia baru jer dimasukkan.

Baiklah, jikalau aku anda meminta saya tolong pilihkan...saya akan syorkan MB151 atau MB165.

Dan jika anda suruh saya pilih satu jer, saya akan pilih MB151.

Pada pandangan saya, tudung yang berkod MB151 ni mempunyai keunikan tersendiri. Walaupun warnanya senada saja, tapi ia cukup sempurna pada pandangan mata saya.

Berkenaan dengan harga, anda boleh mendapatkannya pada nilai RM69.

Psst - saya bukanlah seorang pakar dalam bidang fesyen, tetapi ia hanyalah cadangan saya khusus buat anda yang setia mengunjungi blog ini. :-)

Oh, ya! Mesti ada di antara anda yang tertanya-tanya apa yang tinggal empat saja lagi?

Jeng...jeng...jeng...

Memperkenalkan (kepada yang belum kenal) Tudung Nora Danish Oktant Swarovski.

Cantik tak?

Kalau anda tanya saya, sudah tentulah saya kata cantik bangat sih:p Untuk pengetahuan anda, tudung VVIP 288 telah terjual. :-(

Usah bersedih... masih ada empat helai lagi yang boleh dipilih dan yang tinggal hanyalah tanda tanya VVIP 284, 285, 286 dan 287.

Cadangan saya: VVIP 284.

Yeah... ada satu lagi berita baik untuk anda. Jika anda membeli pada hari ini juga, anda diberi potongan harga sebanyak RM20. Harga istimewa untuk anda ialah RM100.

Akhir sekali, saya sertakan juga Tudung Spa Q Berlian Gucci Oktant.

Koleksi tudung jenis ni sama seperti Tudung Nora Danish Oktant Swarovski.

Iya ke, apa yang sama?

Kod tudung iaitu VVIP - RM120 dan jika anda membelinya hari, anda hanya perlu membayar pada harga RM100:p

Semua warna yang dipaparkan di atas masih boleh diperolehi. Namun, seperti biasa saya memang suka beri cadangan.

Pilihan saya untuk Tudung Spa Q Berlian Gucci Oktant ialah VVIP 257. Warnanya agak sukar didapati dan padanan berlian Gucci Oktant dengan warna tersebut memang kena. :-)

Ahaah! Itulah saja yang mampu saya coretkan buat anda pada kali ini. Segala cadangan atau saranan adalah dari pandangan peribadi saya sahaja.

p.s: Sebelum membuat sebarang pembelian, pastikan warna yang dipilih itu sesuai dengan anda atau si pemakai.

p.p.s: Saya mengesyorkan anda membeli di Tudung Online kerana telah mendapat maklumbalas positif daripada pembeli-pembeli terdahulu. Mereka mengakui yang kualiti tudung di sini memang "A" dan harganya juga lebih murah dari kebanyakan tempat sama ada di kedai biasa (offline) mahupun kedai maya (online).

Harap dapat membantu anda, para penggemar tudung sekalian. :p

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.