Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Ada satu koleksi tudung baru yang agak menarik, justeru saya akan ulaskan sedikit untuk pengunjung setia tudung via online. :)
Koleksi tudung yang dimaksudkan ialah Tudung Spa Q dan Batu Natasha. Rupabentuk dan rekaannya adalah seperti di bawah:



Buat permulaannya, warna yang disediakan untuk koleksi tudung jenis ini juga agak terhad. Ada boleh memilikkinya dalam warna putih dan krim iaitu seperti di dalam gambar di atas. :p

Menariknya, Tudung Spa Q dan Batu Natasha ini direka hasil gabungan dari Tudung Spa Q dan ditambah pula dengan Batu Natasha yang menawan.

Hasilnya ada boleh memilikki satu rekaan tudung yang begitu istimewa dan amat eksklusif sempena bulan Jun ini :)

Bagi anda yang ingin refresh kembali bagaimana rupa Tudung Spa Q, saya sertakan di bawah ini:



Saya juga turut menyertakan juga bagaimana rupanya Batu Natasha seperti di bawah:



Anda bagaimana? Harapnya dapatlah serba sikit gambaran mengapa koleksi tudung terbaru ini dinamakan sebagai Tudung Spa Q dan Batu Natasha.

Ooh! Saya minatlah... bagaimana saya boleh dapatkannya?

Pertama sekali, sila lawati tudung-online dot com

Kemudian, daftarkan diri anda di sana.

Selepas urusan pendaftaran selesai, urusan pembelian anda akan menjadi lebih mudah. Anda hanya perlu ke bahagian "tempah" atau "order" untuk melakukan tempahan.

Pastikan juga mengikut arahan yang disediakan seperti:
SMS/Call 016-9803217 untuk mengetahui stok tudung pilihan anda masih ada atau tidak dan hanya masukkan duit selepas mendapat pengesahan yang tudung pilihan anda itu ada.

Berkenaan dengan harga pula, anda boleh mendapatkan Tudung Spa Q dan Batu Natasha ini pada harga RM120.

Jangan lupa juga kod tudung ini ialah SQ001 untuk warna krim dan SQ002 untuk yang berwarna putih.

Jeng....jeng....jeng....

Mesti ada di antara anda yang masih tercari-cari baju apakah yang nak dipadankan dengan Tudung Spa Q dan Batu Natasha nih??

Baiklah, saya sekali lagi akan membawakannya kepada anda segmen "cadangan saya".

*******drum roll, please*******
*******************************
*******************************
-------------------------------------------------------
Cadangan saya :
-------------------------------------------------------

Pertama:



Anda boleh memadankan Tudung Spa Q dan Batu Natasha berwarna krim (SQ 001) dengan kain Satin Exclusive - "Sutera Satin Canting Exclusive 3 Lapis (Pelangi) Batik Setiausaha - Pior Terengganu" yang berkod STE 3.

Ia ditawarkan pada harga RM450 dan harga asalnya ialah RM590. Untuk makluman anda, kain berkod STE 4 telah pun menjadi milik orang.

Pada saya, ia merupakan satu padanan yang sesuai untuk anda yang gemarkan gaya ringkas dan elegan.

Kedua:

Sebagai alternatif, saya syorkan pula Jacquard Exclusive - "Sutera Jacquard 3 Lapis Pelangi Exclusive - Terengganu" yang berkod JCE 33.
Harga istimewa untuk anda ialah RM289. Harga asal ialah RM380.



Ia sesuai digayakan dengan Tudung Spa Q dan Batu Natasha berwarna putih (SQ 002).

Ketiga:

Jika dua padanan di atas tidak menepati citarasa anda, saya cadangkan sekali lagi Jacquard Exclusive - "Sutera Jacquard 3 Lapis Pelangi Exclusive - Terengganu" yang berkod JCE 38 seperti di bawah:



Padankan kain JCE 38 ini dengan Tudung Spa Q dan Batu Natasha berwarna krim (SQ 001).

Saya berkenan dengan Satin Exclusive dan Jacquard Exclusive tu, di mana saya boleh melihatnya??

Kini anda boleh melihat-lihat dan mencuci mata di sutera songket dot com.

Seperti biasa, daftarkan dulu diri anda di sana untuk memudahkan segala urusan pada masa akan datang :-p

Ahaah! Itulah yang terdaya saya lakukan untuk anda untuk kali ini. Sampai berjumpa lagi.

p.s: Saya kurang sihat dalam beberapa hari ni, jadi itulah saja yang mampu saya tuliskan untuk anda di tudung via online ni.

p.p.s: Jika berkesempatan, saya akan sambung ulasan tentang sutera songket dot com ni.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.