Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Pada tulisan kali ni, saya ingin mengetengahkan koleksi aksesori wanita pula iaitu gelang bracelet dan rantai leher. Secara fitrahnya, kaum wanita ni memang memerlukan aksesori tambahan sebagai pelengkap diri. Mungkin kerana naluri mereka yang sukakan sesuatu yang cantik. Betul tak? Untuk makluman semua, kedua-dua aksesori wanita ini dipetik dari website Aksesori Online.

Pertama sekali, saya tampilkan gelang bracelet yang ranggi dan cantik ni. Kombinasi warna pada kristal zirkon ni memang ceria. :p

Walaupun agak berwarna-warni, padanannya tampak kena dan serasi bersama. Ia tetap kelihatan ringkas dan manis.

Ia memang sesuai buat remaja yang gemarkan sesuatu kelainan dalam penampilan mereka. Rasanya lebih sesuai dipakai untuk mengahdiri sebarang majlis tidak formal ataupun ketika bersantai bersama keluarga dan kengkawan.

Cuma satu nasihat saya, elakkan dari memakai ketika melakukan aktiviti lasak. Tak sesuai!

Ooh yea! Jika anda berminat sangat dengan gelang bracelet ni, anda boleh membelinya di sini.

Apa yang anda perlu tahu ialah kodnya B007. Pergi ke bahagian >Gelang -Bracelet. Anda boleh memilikinya pada harga RM99. (Harga asal ialah RM120)

Koleksi aksesori kedua kita ialah rantai leher. Rupabentuknya memang ringkas. Sesuai dengan individu yang sukakan gaya ringkas.

Rantai leher yang disebelah ni dirasakan sesuai untuk digayakan untuk menghadiri majlis rasmi mahupun majlis tak rasmi. Ia memang pelbagai guna (multipurpose).

Apa yang saya cadangkan ialah anda tentukan sendiri nak pakai untuk apa? Jika nak digayakan untuk menghadiri majlis rasmi, pakai sewaktu menghadiri majlis rasmi sahaja.

Jangan dipakai untuk tujuan lain. Bukannya apa, nanti hilanglah serinya!

Kekadang, gaya yang ringkas adalah yang terbaik dan praktikal. :) Semuanya bergantung pada kita. Apa yang lebih penting ialah kita menggayakan sesuatu aksesori tu pada masa dan tempat yang betul. :D

Harga untuk rantai leher R1002 di atas ialah RM40. Anda boleh dapatkannya di sini.

Psst...harga asalnya ialah RM60.

Oklah, itu saja untuk hari ini. Saya harap anda gembira dengan paparan di atas yer:p

Ahaah! Sampai berjumpa lagi di lain waktu.

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.