Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Apa khabar anda di sana? Terlebih dulu, saya mohon maaflah sebab dah lama tak mengemaskini blog Tudung Via Online ni. Tapi jangan risau, hari saya bawakan satu berita baik untuk penggemar koleksi tudung terkini. Sahabat saya, saudara Edi sedang mengadakan satu "Megasale Tudung Bawal" sehingga 15 Julai 2008 ini. (Huh, tinggal empat hari jer lagi!)

Apa yang menarik tentang Megasale Tudung Bawal ni, kita berpeluang membeli sebarang koleksi tudung terkini pada harga borong. :)

Cuma, pilihan tudung yang ada agak terhad. Namun, ia bukan satu halangan besar kepada anda. Ini kerana, saya akan tampilkan antara koleksi tudung pilihan yang boleh anda pertimbangkan. :D

Koleksi pertama ini dikenali sebagai Tudung Manjalara 3 Line Warna Campur.

Anda boleh memilih sama ada ingin yang warna merah ataupun krim. Kedua-duanya memang sama cantik dan ringkas.

Dari pemerhatian saya, buatannya juga agak kemas.

Tudung jenis ini boleh digayakan dengan mudah. Ia sememangnya sesuai dipakai ketika menghadiri pelbagai jenis majlis sama ada tidak rasmi, separa rasmi mahupun majlis rasmi. :)

Ya, betul tu! Memang boleh dijadikan sebagai tudung pelbagai fungsi. :p

Untuk beberapa hari ini, anda boleh memilikinya pada harga RM59.

Keduanya, ini pula ialah Tudung Manjalara 2 Line. Manakala untuk "casing"nya, terbahagi kepada dua iaitu casing hitam dan casing kontra.

Untuk tudung berwarna krim (casing hitam), ia sesuai untuk semua peringkat usia. Baik golongan remaja, muda, dewasa ataupun orang lama.

Sebaliknya, bagi tudung berwarna pink pula (casing kontra), saya lebih mengesyorkannya kepada anda yang berumur dalam lingkungan 40 tahun ke bawah.

Namun, ia tidak menjadi sebarang masalah bagi anda yang berumur 40-an ke atas untuk menggayakannya. Apa yang lebih penting ialah anda perlu bijak menggayakannya.

Ohh ya! Anda boleh mendapatkan Tudung Manjalara 2 Line ini pada harga RM49.

Seterusnya, ini pula ialah Tudung VIVA forever.

Warna pilihan yang ada ialah warna krim. Seperti biasa, warna krim memang sesuai untuk semua peringkat usia dan boleh dipadankan dengan kebanyakan warna busana anda.
Kalau tak percaya, mungkin anda boleh mencubanya sendiri. :D

Rupabentuk casing hitam ini dipadankan sehingga menjadi tigasegi. Mungkin ada di antara anda yang biasa melihatnya.

Sejak akhir-akhir ni, saya lihat rekaan sebegini telah menarik perhatian pelbagai golongan wanita. Walaupun ia hanyalah berbentuk geometri biasa, namun tetap ada keunikannya!

Harga yang ditawarkan sempena Megasale Tudung Bawal berlansung ialah RM55.

Akhir sekali untuk kali ini ialah Tudung Manjalara 3 Line Hitam.

Rekaan tudung jenis ini memang ringkas dan kemas. Batunya sahaja sudah cukup untuk menggambarkan kekuatannya. :)

Malangnya, tudung yang berwarna putih telah menjadi milik orang. Tetapi, yang di sebelahnya (seakan-akan kelabu gelap) masih ada.

Warna ini biasanya agak sukar untuk didapati. Kalau ada pun, bilangannya agak terhad.

Justeru itu, kepada anda yang gemar mengumpul pelbagai jenis warna tudung...mungkin boleh mempertimbangkan untuk memilikinya.
Sebelum saya terlupa, kod warnanya ialah 80.

Untuk lebih jelas, saya sertakan juga contoh warna kod 80 seperti di bawah.

Anda juga boleh mendapatkan Tudung Manjalara 3 Line Hitam ini pada harga serendah RM58.

Baiklah, di mana sebenarnya tempat untuk anda melihat koleksi tudung terkini seperti di atas?

===========================================================================

Anda boleh membeleknya di ==>> http://adema128260.fotopages.com/<<==

===========================================================================

Ahaah! Sekian saja buat kali ini dan jumpa lagi!

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.