Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Sepanjang minggu ini, pihak tudung-online.com ada menawarkan hadiah kepada pembeli tudung yang berkod MB. Dengan pembelian sekurang-kurangnya dua helai, anda dah boleh mendapat hadiah tersebut.

Di bawah ini saya ada sertakan contoh tudung MB tu. Tudung ini juga dikenali sebagai Tudung Sulam MIRC Berlian Natasha.

Psst...kalo tak salah, sebelum ini saya ada tulis mengenainya.



Harga sehelai tudung ini ialah RM69. Namun, sekiranya anda membeli lima helai, ia boleh didapati pada harga RM59 sehelai. Secara tak langsung, anda telah berjimat sebanyak RM10/helai.

Sekiranya anda berniat untuk membeli 10 helai sekaligus, penjimatan anda ialah RM15/helai.

Tak cukup juga?

Baiklah, jika anda berniat nak membeli sebanyak satu kodi (20 helai), automatically anda boleh jimat sehingga RM25/helai. Ya, secara puratanya anda hanya perlu membayar RM44/helai.

Kalau ada yang bercadang nak berniaga tudung sama ada kat teman serumah, jiran tetangga, rakan sekuliah atau pun officemate...bolehlah ambil peluang nih:)

Seperti biasa, saya akan beri cadangan khusus buat anda. Kali ni saya syorkan tudung MB 202, MB 236 dan MB237.

Ooh yer, di sebelah inilah tudung MB 236 dan MB 237.

Jika anda perasan, saya selalu mengesyorkan tudung yang mempunyai warna yang senada. Maksudnya warna sulaman sama dengan warna kain tudung itu sendiri.

Cuma kekadang saja saya syorkan warna sulaman yang berlainan dengan warna kain tudung.

Ia bergantung kepada padanan warna sulaman dan kain tudung itu sendiri. Jika gabungan warna antara keduanya harmoni dan "matching", ia semestinya lebih menarik bukan?

Namun, ingin saya ingatkan... apa yang disyorkan ada kemungkinan tak sesuai dengan anda.

Kenapa?

Salah satu sebabnya ialah warna kulit yang berbeza.

Psst...mungkin anda boleh rujuk tulisan saya yang terdahulu berkenaan tips bertudung.

Baiklah, saya berbalik kepada hadiah yang bakal diberikan. Sebagai tambahan, tawaran ini tidak terhad kepada pembeli tudung MB saja. Tapi ia turut melibatkan pembeli tudung VIP sehinggalah ke tudung EB.

Maksudnya, ia turut ditawarkan terhadap pembelian Tudung KLCC, Tudung Nora Danish Double, Tudung Qistina, Tudung Manjalara, Tudung Spa Q, Tudung Kerawang, Tudung Oktant Natasha Double Casing Colour, Tudung Sulam Mekah sehinggalah Tudung Natasha Bunga Apit.

Syaratnya anda perlulah membuat pembelian minimum sebanyak dua helai.
Pastikan juga membeli sebelum berakhirnya minggu ini. :)

Apa hadiah yang ditawarkan?

Saya tak mahu letak gambarnya di sinilah...nanti tak surprise pulak.
Anda boleh tengok di SINI

Ahaah! Sampai di sini dulu. Sampai bertemu lagi. :)

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.