Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Apa khabar semua? Di kala kita sedang menghadapi krisis kenaikan harga minyak, saya ada satu berita gembira buat penggemar tudung. Berita gembira yang dimaksudkan itu ialah tudung yang ditempah akan dihantar secara percuma. Maknanya anda tidak perlu membayar kos pengeposan.

Tetapi....ya semestinya ia bersyarat. Syaratnya adalah anda perlulah membuat tempahan pada minggu ini juga :)

Itu saja..

Jadi, anda boleh tengok dulu koleksi tudung terkini yang bakal saya ketengahkan. Kemudian, jika ada yang dekat berkenan di hati...barulah anda membuat pesanan:D

Pertama sekali, koleksi tudung terkini yang dinamakan Tudung Sulam Tangan Very Exclusive, Berlian Oktant Natasha Colour Ori.

Uuihh..memang agak panjang namanya. Tapi ia agak unik sikit.

Keunikannya terletak pada sulamannya yang ringkas tu. Saya amat tertarik dengan tudung yang berkod YB 73 dan YB 74.

Manakala tudung YB 78 telah menjadi milik orang. :(

Tetapi keseluruhannya, ia didatangkan dengan warna-warna yang agak lembut kecuali warna hitam. Jika anda berminat, anda boleh mendapatkannya pada harga RM100. Jangan lupa juga kod tudung ini ialah YB.

Keduanya ialah Tudung Sulam Cute Berlian Ori Natasha Colour.

Sebenarnya, koleksi tudung jenis ini agak banyak dimasukkan pada kali ini. Anda boleh lihat koleksi selebihnya di sini.

Apa yang lebih penting lagi ialah koleksi tudung jenis ini turut mendapat sambutan yang cukup hangat!

Tapi khas buat anda, saya telah menyenaraikan beberapa kod tudung yang boleh anda perhatikan. Antaranya ialah VIP4 223, VIP4 224, VIP4 228 dan VIP4 260.

Setakat ini, tudung yang saya sebutkan di atas masih boleh dimiliki. Untuk kemudahan anda kelak, pastikan anda mengingat kod tudung ini ialah VIP4. Harganya ialah RM71.

Tapi...tunggu dulu. Jika anda buat strategi pakatan bersama rakan-rakan yang lain, pastinya anda dapat berjimat.

Ini kerana jika anda membeli lima helai sekaligus, secara automatik dapat berjimat sebanyak RM10 per helai.

Lagi??

Jika beli 10 helai pula, anda berjimat RM15 per helai.

Dan...

Kalau beli 20 sekaligus, senang-senang jer anda boleh berjimat RM26 per helai.

Oleh itu, jika anda mahu tahu lagi tawaran harga yang diberikan, silalah ke Tudung Online, ok :)

Ahaah! Sampai di sini dulu untuk anda. Nantikan ulasan saya seterusnya yer;p

p.s: Saya beriya-iya menyuruh anda membeli dalam kuantiti yang banyak sebab tawaran kos penghantaran percuma pada minggu ini :D

Sekian, terima kasih

Wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.