Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Memandangkan ramai pengunjung setia Tudung Via Online yang datangnya dari Sabah, saya ingin berkongsi sesuatu yang istimewa khususnya kepada mereka yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu. Justeru itu, saya tidak dapat mengulas mengenai koleksi tudung kali ini. Harap maklum, okey. :)

Berbalik pada topik asal, saya ingin mewar-warkan secara amnya kepada warga Sabah dan Kota Kinabalu khasnya...jeng.jeng.jeng...

Seorang pakar perniagaan dan pemasaran SMS akan datang ke tempat anda pada hari Ahad, 22 Jun 2008.

Siapakah beliau?

Pakar yang dimaksudkan ialah saudara Irwan Dahnil. Saya percaya tentu ramai di kalangan anda yang telah mengenali beliau, bukan? :p

Secara ringkasnya, Irwan Dahnil akan mengadakan seminar perniagaan dan pemasaran SMS yang pertama kalinya di Sabah. Untuk makluman anda, penyampaian beliau akan disampaikan dalam Bahasa Malaysia.

Sekiranya anda:

#1 Tidak mempunyai idea untuk memulakan perniagaan SMS

#2 Telah mempunyai idea yang bernas tetapi tidak tahu sama ada boleh dilakukan atau tidak

#3 Ingin mendapatkan pendapatan sambilan sama ada sampingan dan sepenuh masa dari rumah

#4 Syarikat yang ingin menggunakan SMS sebagai alat pemasaran dan promosi yang berkesan

#5 Anda yang tidak mempunyai pengetahuan teknikal mengenai SMS


Saya mencadangkan anda supaya menghadirinya. Itupun sekiranya anda berkesempatan dan tiada aral melintang.

Maklumlah, sebelum ini saya sering mendengar keluhan rakan-rakan dari Sabah dan Sarawak kerana tidak berpeluang menghadiri sebarang seminar berkaitan.
Masalahnya ialah mereka tidak dapat menyertai seminar kerana selalunya ia diadakan di semenanjung.

Di atas rasa tanggungjawab, saya mengkhususkan tulisan kali ini untuk menyebarkan info ini kepada anda semua:)

Seminar ini juga disusun untuk:

#1 Mereka yang bekerja full time dan ingin memulakan perniagaan SMS secara part time

#2 Suri rumah yang ingin memulakan perniagaan sampingan dari rumah

#3 Pelajar-pelajar IPT yang ingin pendedahan perniagaan SMS

#4 Golongan pesara yang ingin mempelajari perniagaan SMS sebagai sampingan

#5 Graduan yang belum bekerja dan ingin memulakan perniagaan SMS sendiri

#6 Pemilik perniagaan yang ingin menggunakan SMS sebagai alat promosi dan pemasaran bagi meluaskan perniagaan

#7 Pelanggan Irwan Dahnil yang ingin mengetahui lebih lanjut mengenai perniagaan dan pemasaran SMS

#8 Mereka yang mencari peluang perniagaan dengan modal yang rendah.

#9 Mereka yang inginkan pendapatan yang berterusan dan boleh dilakukan dari rumah!


Sekiranya ada di antara anda yang berminat, saya sertakan butiran ringkas mengenai Seminar Perniagaan dan Pemasaran SMS ini di bawah:

Hari : Ahad
Tarikh : 22 Jun 2008
Tempat : Promenade Hotel, Kota Kinabalu
Masa : 8.30 pagi hingga 5.30 petang
Yuran : RM347

Untuk maklumat lanjut, sila klik banner di bawah:


p.s: Minum pagi, makan tengahari dan minum petang turut disediakan.
p.p.s: Bagi umat Islam, surau turut disediakan berhampiran bilik seminar bagi memudahkan anda menunaikan kewajipan.
p.p.p.s: Pendaftaran bermula jam 8.30 pagi.
p.p.p.p.s: Tempat adalah terhad dan semasa saya menulis, kekosongan hanya tinggal 13 tempat sahaja lagi.
p.p.p.p.p.s: Untuk tempahan segera, sila ke sini

Ahaah! Sekian saja buat kali ni dan jumpa lagi:p

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.