Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Seperti yang anda sedia maklum, kita sekarang berada di pertengahan bulan Rejab. Dalam masa tak sampai dua bulan jer lagi, kita bakal menyambut kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak. Lazimnya, dalam bulan Ramadhan ni, pasti ramai yang mengambil kesempatan untuk berniaga. Nak kumpul duit rayalah katakan. Ada yang menjual lauk-pauk, kuih-muih, biskut raya dan tidak ketinggalan juga berniaga pakaian. Nak berniaga apa, terpulang pada individu tu sendiri. Janji halal supaya mendapatkan keberkatan dariNya.

Dipendekkan cerita, rakan saya iaitu saudara Edi dari Adema Fotopages menawarkan satu peluang keemasan kepada yang berminat nak berniaga tudung bawal sempena bulan Ramadhan ini.

Jenis tudung bawal yang bagaimana boleh anda pakai sendiri jual? Kalau nak tahu, jom ikut saya ke bawah!


Pertama sekali, saya ingin ketengahkan Tudung Manjalara Casing Hitam, Putih, Arna dan Kontra. Rekaannya memang ringkas dan clean. Harganya cuma RM25 sehelai.


Keduanya, ini ialah Tudung Manjalara 3 Line Campur. Batuan di line tengah dipadankan dengan casing hitam dan diapit pula dengan batuan casing putih di kiri dan kanan.

Pada saya, padanan ini sedikit sebanyak memberi impak pada rekaan keseluruhan tudung. Ia nyata mampu menyerlahkan penampilan tudung ini. Jika anda peminatnya, boleh mendapatkannya dengan harga RM55 sehelai.


Seterusnya, ini pula Tudung Oktant Petak Himpit. Saya cukup tertarik dengan susunan corak batuan tersebut.

Rasanya ia antara rekaan terbaru di pasaran. Susunan batuan sebegini nampak penuh yang mungkin melambangkan kekuatan dan keutuhan si pemakai. Ia ditawarkan pada harga RM65.


Bagi yang meminati tudung bawal beserta sulaman bunga, Tudung Lipat Tepi merupakan salah satu pilihan yang ada.

Jika anda minta saya tolong pilihkan, saya syorkan yang berwarna biru tu (yang sebelah kanan). Memang manis warna dan rekaannya selain melambangkan kesederhanaan. Harganya memang boleh membuatkan anda tersenyum iaitu RM23 sehelai.


Tudung pilihan saya pada kali ini ialah Tudung Bella Sulam. Entah mengapa, saya cukup tertarik dengannya.

Cuba anda perhatikan corak batuan berbentuk bunga serta sambungannya dengan bentuk bunga sulaman tu. Nampak seperti ada keseragaman di situ.

Jika diperhatikan, bunga sulaman itu memang agak biasa. Tapi bila dipadankan dengan rekaan batuan di bahagian tepi tu, wajah keseluruhan Tudung Bella Sulam tampak lebih berseri dan segar! Ia boleh didapati pada harga RM52 sahaja.

Macamner, dah sedia nak berniaga tudung bawal tak? Jika dah, saya cadangkan buat tempahan awal supaya tidak kelam kabut di kemudian hari. :)

Akhir sekali, ingin saya ingatkan bahawa harga di atas hanya sah untuk pembelian secara borong iaitu minimum 20 helai. Jika ingin membeli lebih, setiap penambahan adalah dengan tambahan 4 helai. Sebagai contoh, anda boleh menempah sebanyak 24 helai, 28 helai dan seterusnya.

Seperkara lagi, harga tempahan ini khas untuk jualan Ramadhan. Jika anda ada sebarang pertanyaan seperti nak beli dalam kuantiti yang sedikit ke ataupun persoalan lain, sila layari Adema Fotopages untuk maklumat lanjut.



Ahaah! Sampai berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih.

Wassalam

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.