Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Sebagai pembuka bicara, saya sukacitanya memaklumkan yang Tudung Via Online kini berwajah baru. Theme Tudung Via Online adalah dari firebug blogger template. Ia ditukar bagi memberi lebih keselesaan dan kepuasan buat para pengunjung yang amat dihargai. :D

Namun, proses penukaran theme ini belum selesai sepenuhnya. Saya akan update dari semasa ke semasa, ok. :)

Bersempena dengan pelancaran theme baru ini, saya juga akan bawakan koleksi tudung terkini khas buat anda.

Apalagi, jomlah kita tengok stok tudung baru kat bawah ni!


Tudung yang di atas ini ialah Tudung Datin Sri. Nama jer Tudung Datin Sri, tapi semua orang boleh pakai. Walau apapun status anda, semua wanita layak memakainya. :) Apa yang lebih penting ialah untuk menutup aurat, kan?

Seperti yang tertera dalam gambar tu, harganya berbeza mengikut kod tudung.

Kod tudung SRI 01 dan 02 berharga RM199.
Kod tudung SRI 03 berharga RM175.
Kod tudung SRI 04 berharga RM108.

Di antara keempat-empat helai tudung di atas, tudung SRI 03 yang berwarna hitam itu lebih menarik perhatian saya.

Ia tampak lebih sederhana tetapi elegan. Padanan warna hitam dengan manik berwarna keemasan dan perak di keliling tepi tampak memang sempurna.

Ia tidak terlalu berlebihan dan sesuai buat semua golongan wanita. Lagipun, warna hitam ni boleh dipadankan dengan pelbagai warna baju anda!


Ini pula adalah Tudung Sulam Tangan Nora Danish Oktant. Warna-warna sebegini memang menjadi pilihan utama di Tudung-Online.com.

Apapun saya boleh syorkan untuk anda warna-warna tudung yang boleh anda pertimbangkan. Antaranya ialah kod tudung STN 3, STN 4 dan STN 8.

Harga yang ditawarkan kepada anda ialah RM118 sehelai.

Di sebelah kiri ini pula adalah Tudung Sulam Tangan Oktant Natasha Keretapi.

Sambutan terhadap tudung ini memang di luar dugaan. Hanya tinggal 3 helai sahaja yang belum dijual sejak dimasukkan kelmarin. Ia ditawarkan pada harga RM105.

Jadi, khas buat anda ialah STK 5 dan STK 9.

Kedua-dua tudung ini sebenarnya mempunyai tarikan tersendiri berbanding yang lain. Satu lagi ialah STK 6. Malangnya, yang tudung STK 6 telah menjadi milik orang.

Kelebihan yang dimaksudkan ialah kekuatan pada corak bunga dan padanan warna yang menjadi. Memang terserlah kesepadanannya di situ berbanding corak yang lain di dalam kategorinya.

Namun, semuanya terserah kepada anda untuk menilainya!

Saya pasti setiap insan memiliki citarasa yang berbeza kan?

Semua cadangan di sini sekadar membantu anda membuat pilihan. Saya cuba sedaya upaya membantu memberi pilihan terbaik sebagai tanda penghargaan kepada anda yang berkunjung ke sini.

Jika anda perhatikan, tidak semua jenis tudung yang saya syorkan kepada anda. Sebenarnya banyak lagi koleksi tudung terkini yang boleh anda lihat di Tudung-Online.com.

Saya akan tapis dahulu koleksi tudung yang dirasakan menarik dan memenuhi kriteria tertentu, barulah saya kongsikan di sini dengan anda. :)

Sebagai alternatif, anda boleh bertanyakan pendapat rakan atau orang yang anda percayai selain dari mendapatkannya di Tudung Via Online.

Pastikan individu yang anda tanya tu bijak dalam berpakaian sama ada lelaki ataupun wanita. Saya bimbang jika anda tersilap pilih, anda akan menjadi mangsa fesyen. :(

Ahaah! Sampai bertemu lagi di paparan akan datang. :D

p.s: Saya ada khabar gembira buat anda yang bercita-cita dan berimpian menjadi jutawan dalam beberapa tahun akan datang.
Jutawan sensasi, Dr. Irfan Khairi dan 7 lagi jutawan telah berkongsikan pengalaman pahit manis mereka dalam sebuah buku digital bertajuk Mentor Jutawan.

p.p.s: Untuk maklumat lanjut tentang mentor jutawan, boleh tengok dengan klik ayat di bawah:
Berapa banyak wang yang anda boleh perolehi sekiranya anda ketahui rahsia kelapan-lapan jutawan ini?
+Dato’ Dr Fadzilah Kamsah, mentor kepada mentor!
+Azizi Ali, Jurulatih jutawan
+Chef Li (Dato' Dr Rusly), Jutawan Senyap
+Dato’ Dr Azman Ching (Jutawan MLM)
+Billi Lim, Jutawan Berani Gagal
+Dato’ Hussamuddin, Pengasas Karangkraf
+Abang Abu, Usahawan/Motivator/Jutawan
+Irfan Khairi, Jutawan Internet

Comment

ADA 6 KOMEN BERKAITAN POST INI

  1. Samdaddycool On July 23, 2008 at 1:02 AM

    wahh.. datin pon ada.. letih la nak kenal macam2 nama tudung ni..

    p/s - jadi anak murid bole??

      Unknown On July 23, 2008 at 7:16 PM

    skrg ni mcm2 jenis tudung ada. :)
    tak larat nak ingat semuanya
    samdaddycool. :D

    tapi yang famous skrg ni mcm
    tudung manjalara, tudung wulan dll.

    p.s: sy yg sepatutnya belajar
    dr samdaddycool.

    p.p.s: anyway, bolehlah bertukar2
    idea lps ni. :)

      Samdaddycool On July 25, 2008 at 2:33 AM

    kikiki... nak belajar dgn saya ?? saya masih mentah dgn tudung... dahlah mmg takpakai tudung :D

    ..macam saya, saylebihsuka fokus pada no. 2 (sebab saya jual offline) + customer saya byk yg minat pada harga murah.. tapi memandangkan nak raya, saya masukkan balik no. 1...

    p/s -dulu saya sekolah sains johor, 89 -93 :). oktant katne kluang?

      Unknown On July 25, 2008 at 4:05 AM

    sy pun bukan nyer pandai
    sgt. :)

    sikit-sikit tu bolehlah
    nak matched baju + tudung
    yang sesuai.

    anyway, good luck to ur biz!

    p/s: kluang kat jln mersing.

      Ranjeet Kr. Vimal On July 31, 2008 at 6:05 AM

    your blog seems nice.. i think you should start writing in english..
    read mine and give feedback

      Unknown On July 31, 2008 at 10:27 PM

    hi ranjeet.
    thanks for your commented. :)

    ok, here I come!

     

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.