Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,


Beberapa tahun kebelakangan ini, penggunaan batik semakin mendapat tempat baik di kalangan warga Malaysia mahupun pelancong. Rekaan dan corak batik pun semakin hari semakin mengancam. Ia selari dengan gaya kontemporari yang segar. Sempena hari minggu ni, saya cuma ingin menulis tentang tip penjagaan batik. Cara penjagaan batik yang betul mampu menjamin ketahanan di samping memelihara kecantikannya.

Tip Penjagaan Batik

1. Cuci batik dengan menggunakan pencuci khusus untuk penjagaan batik.

2. Gunakan air suam semasa membilas sutera dan jangan sesekali membasuhnya menggunakan mesin basuh.

3. Sebaiknya, batik itu jangan diperah tetapi biarkan ia kering sendiri dengan menyidainya terus. Tarik hujung kain supaya lajur batik berada dalam keadaan baik.

4. Selepas menggosok baju batik tersebut, simpan ia di dalam sarung plastik (macam kat kedai dobi). Tujuannya supaya baju batik itu sentiasa dalam keadaan sempurna.

5. Sentiasa simpan batik dalam lipatan terbalik bagi memastikan fabriknya sentiasa terjaga rapi dan kemas.

Itu saja yang dapat dikongsikan hari ni. :)

Tip penjagaan batik di atas diadaptasikan dari laman SuteraSongketDotCom

Selamat Berhujung Minggu!

p.s: Saya mungkin akan menukar theme lagi selepas ini. Harap maklum yer.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.