Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Semalam, saya dah kenalkan kepada anda satu laman web baru yang menawarkan koleksi tudung bawal yang menarik iaitu E Tudung Dot Com. Hari ini, saya nak bongkarkan lagi koleksi yang ada. Tapi kali lebih istimewa. Sebabnya, koleksi tudung bawal yang bakal dipaparkan sebentar lagi semuanya dikatakan adalah limited edition!

Mari kita mulakan dengan Tudung Bawal Manjalara Bunga Double (Colour). Ada 3 sahaja tudung yang nak saya tunjukkan. Harap anda semua suka. :)


Rajah 1: Tudung Bawal Manjalara Bunga Double (Colour) 1006




Rajah 2: Tudung Bawal Manjalara Bunga Double (Colour) 1007




Rajah 3: Tudung Bawal Manjalara Bunga Double (Colour) 1008



Ketiga-tiga rekaan di atas kelihatan sedikit kompleks tetapi cantik. Untuk Rajah 1, padanan warna krim dan sulaman warna coklat memang "kena". Pada pandangan saya, sulamannya juga kemas.

Manakala bagi Rajah 2 dan 3, warna-warna tersebut ada satu kelebihan iaitu lambat nampak buruk. Maksudnya, anda boleh pakai untuk jangkamasa yang lama. Lagi cermat cara pemakaian dan penjagaannya, saya pasti ia bakal tahan lebih lama.

Kain tudung di atas diperbuat daripada kain bawal Jepun no. 1 dan dihiasi dengan batu colour oktant swarovski. Harga yang ditawarkan untuk anda ialah RM75.

Keduanya, saya nak tunjukkan kat anda pula Tudung Bawal KLCC seperti dalam Rajah 4 dan 5 di bawah:


Rajah 4: Tudung Bawal KLCC 976



Dari apa yang saya nampak, warna-warna sebegini agak kurang digayakan oleh wanita di luar sana. Kalau tak silap saya, ini warna pinang masak.

Tapi saya pasti warna ni amat sesuai dipadankan dengan sepasang baju yang bertanah hitam atau krim. Pastikan corak bunga pada baju tersebut berwarna seperti tudung di atas. :)

Warna sebegini pun tahan lama gak dan saya yakin penampilan anda akan lebih segar dengannya. :p


Rajah 5: Tudung Bawal KLCC 978



Manakala warna hijau di atas ni agak lembut berbanding dengan warna tudung pada Rajah 3. Warna sebegini adalah alternatif kepada anda yang kurang menggemari warna-warna yang agak terang seperti di Rajah 2 hingga 4.

Semuanya terpulang pada personaliti masing-masing. Tapi warna ini pun tidak kurang hebatnya. Ia kelihatan tenang dan mendamaikan. :p

Ingin saya tekankan sekali lagi, padanan warna yang bersesuaian adalah faktor yang paling penting. Minta pandangan orang yang dekat ataupun rapat dengan anda. Kalau kena gayanya, anda pakailah warna apapun ia pasti menarik!

Untuk tudung bawal KLCC ni, anda boleh dapatkannya pada harga RM150.

Jikalau anda ingin melihat koleksi selanjutnya, sila lawati E Tudung Dot Com atau klik saja banner di bawah. Anda akan terus dibawa ke laman web berkaitan.



Sekian, terima kasih.

Wassalam.

p.s: Koleksi tudung bawal yang limited edition ialah Tudung Bawal Manjalara Bunga Double (Colour). Harap maklum.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.