Salam Ceria dan Selamat Sejahtera,

Tadi, semasa jalan-jalan kat alam maya ni, saya terjumpa satu jenis tudung yang agak menarik. Rekaannya juga sedikit berbeza dengan koleksi tudung yang pernah saya paparkan sebelum ini. Namanya Tudung Bawal Batu Tampal. Ada yang pernah dengar tak? Kalau belum, saya akan kongsikan sebentar saja lagi.

Tapi sebelum tu, saya ceritakan dulu di mana saya menjumpai Tudung Bawal Batu Tampal ni. Ia merupakan koleksi tudung terkini dari laman web E Tudung Dot Com. Dari pemerhatian saya, laman web ini masih agak baru. Menurut pemiliknya, sebelum ini (sejak 2005) beliau hanya menjual dari pejabat ke pejabat.

Dengan terbinanya satu mercu tanda E Tudung Dot Com ini, maka bermulalah evolusi baru perniagaan beliau. :) Ayuh kita berikan sokongan moral kepada beliau!


Tudung Bawal Batu Tampal 979



Sebenarnya saya paling tertarik dengan tudung yang di atas ni. Inilah rupa Tudung Bawal Batu Tampal yang saya war-warkan tadi. Malangnya, ia telah menjadi milik orang. Kalau tidak, sudah tentu saya akan rekomenkan kat anda.

Tapi, anda semua usah risau. Ada lagi 4 corak dan warna yang berlainan. Cuba anda lihat di bawah ni:


Tudung Bawal Batu Tampal 980




Tudung Bawal Batu Tampal 981




Tudung Bawal Batu Tampal 982




Tudung Bawal Batu Tampal 983



Sedikit info untuk anda mengenai koleksi tudung di atas:

- Ia diperbuat daripada kain bawal Jepun no.1
- Ia dihiasi dengan batu tampal berkualiti
- Ia boleh didapati dengan harga RM170
- Jika anda berminat, ia boleh didapati pada harga borong juga

Baiklah, daripada 4 tudung di atas, saya lebih tertarik kepada 3 daripadanya sahaja iaitu yang berkod 980, 982 dan 983.

Sebabnya, corak bunga tersebut lebih "kena" atau sesuai dengan tudung. Manakala tentang warna pula, semuanya cantik dan tiada sebarang masalah di situ. :p

Saya yakin anda pasti boleh memilihnya dengan baik. :)

Untuk melihat koleksi tudung yang lain, dengan segala hormatnya saya menjemput anda semua ke E Tudung Dot Com.

Jumpa Anda di Sana!

Sekian, terima kasih.

Wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.