Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Anda masih bingung tentang tudung yang nak digayakan bersama baju kurung di pagi Syawal nanti? Atau nak cari tudung yang berkualiti dengan harga berpatutan, tapi masih tak jumpa-jumpa?

Ok, sehubungan dengan ini saya nak sampaikan satu berita baik kepada semua. Khususnya buat wanita bertudung. Juga kepada anda yang bercadang nak menghadiahkan tudung buat ibu mahupun pasangan tersayang.

Kedai Tudung Online baru saja melancarkan Aidilfitri Sales secara besar-besaran. Buat pengetahuan anda, Aidilfitri Sales ni bermula dari 16 hingga 26 September 2008.

Khas buat anda, saya akan tunjukkan hanya koleksi tudung yang diberikan diskaun 20% dan ke atas!


"Koleksi Tudung sempena Aidilfitri Sales"


A. Kategori: Vogue (Standard Butik)


i. Tudung Oktant Gucci Emora Ori


Rajah 1: Kod tudung - SQ

Koleksi ini sebenarnya bukanlah edisi terbaru, tapi buat pertama kalinya harga yang ditawarkan adalah serendah RM89. Sebelum ni, ia dijual pada harga RM120.


ii. Tudung Oktant Wulan Apit Natasha Ori


Rajah 2: Kod Tudung - VW


Koleksi tudung ini juga bukanlah yang terbaru. Tetapi beberapa stok baru yang telah dimasukkan beberapa hari yang lalu. Ada beberapa helai yang saya syorkan buat anda iaitu VW 36, VW 41 dan VW 44.

Jika anda perasan, kebiasaannya tudung ini dijual pada harga RM99. Tapi, sekarang ni anda boleh memilikinya dengan harga RM74 sahaja.


B. Kategori: Macam-Macam Oktant


i. Tudung Sulam Cute Oktant Mata Lalat Colour


Rajah 3: Kod Tudung - M2L

Koleksi tudung seperti dalam Rajah 3 pula adalah stok yang baru dibawa masuk. Saya rasa tudung yang tampak menarik di sini adalah M2L 81. Setakat ni, anda masih berpeluang memilikinya. :p

Lazimnya, tudung jenis ini dijual pada harga RM69 dan anda hanya perlu membayar sebanyak RM55 sempena Aidilfitri sales ni.


ii. Tudung Sulam Cute Berlian Ori Natasha Colour


Rajah 4: Kod Tudung - VIP4

Dalam Rajah 4 pula, saya merasakan VIP4 737, VIP4 741 dan VIP4 742 telah berjaya menambat mata dan hati ini. hehe... Anda macamner?

Oh ya, harga istimewa untuk anda ialah RM65 RM50.


C. Kategori: Simple Plain


i. Tudung Oktant Natasha Keretapi


Rajah 5: Kod Tudung - SPK

Kalau anda perhatikan dalam Rajah 5, saya memilih tudung SPK 41, SPK 43 dan SPK 45 untuk anda pertimbangkan.


Rajah 6: Kod Tudung -SPK

Kalau diikutkan, tiada bezanya di antara tudung yang terletak di Rajah 5 dengan Rajah 6. Cuma warnanya saja yang berlainan. :D

Dalam Rajah 6 pula, saya rekomenkan SPK 51, SPK 52, SPK 58 dan SPK 59 untuk anda pertimbangkan.

Bagi pembelian Tudung Oktant Natasha Keretapi ni, anda dapat berjimat sebanyak RM14 semasa berlangsung Aidilfitri sales. Anda cuma perlu bayar RM55 sahaja!

Anda boleh dapatkan apa sahaja koleksi tudung yang anda minat seperti kat atas di SINI.


p.s: Saya difahamkan yang segala tempahan tanpa bayaran tidak akan dilayan seperti selalu. Ini bagi memberikan peluang kepada anda yang bersungguh-sungguh sahaja dapat memilikinya. Jika anda benar-benar mahukannya, sila membuat pembayaran terus.

p.p.s: Pihak pengurusan Kedai Tudung Online akan bercuti bermula pada 20/09 hingga 10/10/2008. Sebarang tempahan pada 20/09 hingga 26/09/2008 akan diuruskan di kampung beliau. Harap maklum.

Comment

ADA 2 KOMEN BERKAITAN POST INI

  1. Anonymous On December 13, 2008 at 11:21 PM

    www.tudung.co.nr

      Unknown On March 9, 2009 at 2:23 PM

    Buat makluman anda yang dihormati, batu yg dijual di www.tudung.co.nr adalah gred AAAA.

    Ia bukannya batu oktant asli. Sebab itulah ia dijual pada harga yang lebih murah. Encik Hanif pun ade memberitahu di laman web tu.

    Pilihan di tangan anda semua.

    Harap maklum. :)

     

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.