Salam Ramadhan & Selamat Sejahtera,

Oleh kerana kita telah berada di pertengahan bulan Ramadhan 1429, ada baiknya saya kongsikan lagi koleksi tudung terkini dengan anda. Mungkin inilah peluang terbaik anda mendapatkan tudung yang istimewa untuk digayakan di pagi Syawal nanti. Sama ada untuk diri sendiri, dihadiahkan kepada ibu tersayang mahupun kepada isteri tercinta. =D

Untuk edisi Syawal kali ni, saya tunjukkan 2 koleksi dulu iaitu:

1. Tudung Sulam Cute Oktant Mata Lalat Colour

Rajah 1: Kod Tudung - M2L



Untuk koleksi pertama ni, saya agak tertarik dengan beberapa tudung di atas. Antaranya ialah tudung yang kodnya M2L 74, 75, 76, 78 dan 79.

Ringkasnya, tudung yang saya pilih ni memang ringkas tetapi menarik, warna yang sesuai untuk semua golongan dan tampak sopan untuk digayakan.

Buat masa ni, semua tudung pilihan yang dinyatakan masih boleh anda miliki kecuali M2L 75. Walaupun baru dimasukkan semalam, sambutan terhadap tudung-tudung ini memang memberansangkan.

Untuk maklumat anda, anda boleh dapatkan tudung di atas di Tudung Online pada klik pada bahagian "Macam-Macam Oktant". Anda akan dapati harga tudung ini adalah RM69.


2. Tudung Kerawang Tebuk Exclusive Keliling Tanpa Berlian

Rajah 2a: Kod Tudung - KA3



Dalam Rajah 2a kat atas, saya tertarik pula pada tudung KA3 274 dan KA3 276.

Kepada anda yang memiliki baju raya berbunga "purple" atau yang seakan-akan dengan warna tudung di atas, mungkin inilah dia tudung yang sesuai buat anda. :)


Rajah 2b: Kod Tudung - KA3



Rajah 2b ni sebenarnya sama jenis dengan tudung dalam Rajah 2a. Cuma saya pisahkannya supaya anda nampak dengan lebih jelas tudung yang nak saya rekomenkan. :D

Kat sini saya cadangkan satu sahaja iaitu tudung KA3 298. Ataupun kalau sesuai, tudung KA3 300 adalah alternatif terbaik.

Maksud sesuai kat sini ialah berdasarkan baju a.k.a busana yang anda miliki atau yang bakal anda beli nanti.

Kalau warna atau motif baju anda mempunyai warna yang seakan atau senada dengan tudung yang saya nyatakan tu, maka sesuailah tu. :p

Lagi satu tip, warna tudung anda tu kalau boleh biarlah lain sedikit dari warna "tanah" baju tau. Tujuannya supaya penampilan anda nanti tampak lebih menarik dan bermaya pada hari kemenangan, 1 Syawal 1429. :)

Okaylah, sebelum berundur, anda boleh dapatkan Tudung Kerawang Tebuk Exclusive Keliling Tanpa Berlian di Tudung Online pada harga RM43. Kemudian, pilih pada bahagian "Kerawang".

Sebenarnya ada banyak lagi koleksi tudung terkini yang ada, tapi saya taknak anda rambang mata. Saya cuma paparkan koleksi yang terbaik pada pandangan peribadi untuk anda pilih.

Dan kalau anda masih tak puas dengan koleksi tudung di atas, anda boleh tengok sendiri dengan klik di sini.

Jumpa di sana!

Wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.