Salam Ceria & Selamat Sejahtera,

Bulan Ramadhan telahpun masuk ke fasa terakhir. Sedar atau tidak, malam lailatulqadar bakal muncul pada mana-mana malam yang terakhir ni. Cuma kita saja yang tidak ketahui bila. Mudah-mudahan anda dan saya dapat mengisi hari-hari terakhir bulan Ramadhan ini dengan melakukan amal kebaikan semaksima yang mungkin. InsyaAllah.

Baiklah, sebelum ini saya ada menyatakan yang pihak E Tudung Dot Com mengadakan promosi tudung dengan memberikan diskaun 20% sempena Ramadhan. Jika terlupa, anda boleh rujuk di sini.

Kini, pihak E Tudung Dot Com telah bermurah hati melanjutkan tempoh promosi sehingga 15/10/2008. Promosi ni kira macam Aidilfitri Sales la.


Antara koleksi tudung yang diberikan diskaun adalah;


A. Jenis: Tudung Bawal Sulam Simple



Rajah 1: Warna Putih





Rajah 2: Warna Cream




Rajah 3: Kod Warna - 38




Rajah 4: Kod Warna - 52



Bagi kesemua tudung di atas, anda boleh mendapatkannya pada harga RM27 sehelai (selepas diskaun 20%).

Namun, sekali lagi saya ingatkan yang harga di atas tidak termasuk kos penghantaran yer. Untuk maklumat kos penghantaran, anda boleh rujuk kembali di sini.

Akhir kata, jikalau anda ingin melihat koleksi tudung lain yang turut diberikan diskaun 20%, boleh lihat di sini ataupun klik banner di bawah;


Ataupun anda boleh cari di bahagian "Label Tudung Via Online" dan klik kat "E Tudung Dot Com". Kemudian, semua post berkenaan koleksi dari E Tudung Dot Com akan dipaparkan.

Sekian, wassalam.

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.