Assalamualaikum & Selamat Hari Raya,

Lebih sebulan yang lepas, saya ada tulis mengenai Aidilfitri Sales - 9 Hari Lagi. Masa tu, kita masih berada dalam bulan Ramadhan lagi. Bagi yang dah terlepas peluang tu, usahlah kau bersedih ataupun risau. Sebabnya, Kedai Tudung Online dah lanjutkan Aidilfitri Sales ni sehingga 31 Oktober depan. :D

Saya sempat gak tengok koleksi tudung kat sana. Adalah skit tudung terbaru yang ditambah. Iaitu 2 jenis tudung dalam kategori Macam-Macam Oktant.


1. Tudung Sulam Cute, Oktant Mata Lalat Colour


Rajah 1: Kod Tudung - M2L

Untuk tudung oktant mata lalat nie, agak banyak koleksi tudung yang telah terjual. Jadi, agak susah saya nak rekomenkan kat anda.

Tapi setelah membelek, ada 2 helai yang boleh anda pertimbangkan. Iaitu M2L 106 dan M2L 116. Saya rasa ia sesuai untuk anda yang berkulit cerah.

Sempena Aidilfitri sales ni, anda boleh mendapatkannya pada harga RM60 iaitu jimat sebanyak RM9 dari harga biasa.


2. Tudung Sulam Cute Berlian Ori Natasha Colour


Rajah 2: Kod Tudung - VIP4

Manakala dalam Rajah 2 kat atas tu, ada 3 helai tudung yang boleh saya rekomenkan. Iaitu VIP4 760, VIP4 762 dan VIP4 771.

Untuk VIP 762 tu, saya nampak ia lebih digemari oleh golongan muda kot. Bagi VIP4 760 dan 771, ia akan seimbang. Boleh digayakan oleh golongan muda, pertengahan dan veteran juga. :)

Ok, ada lagi kat bawah nie untuk tudung yang sama jenis.:)



Rajah 3: Kod Tudung - VIP4

Sementara dalam Rajah 3 pula, ada 2 helai yang anda boleh lebihkan perhatian. Iaitu VIP4 773 dan VIP4 783.

Memang tak syak lagi, VIP4 773 tu menjadi kegemaran kebanyakan golongan remaja dan muda. Saya pun kurang pasti kenapa. Tapi hasil daripada pemerhatian, itulah trendnya. Bagi saya, kalau anda berkulit cerah memang tiada masalah.

Pada anda yang kurang gemar warna yang agak terang sebegitu, VIP 783 adalah alternatifnya. Warna sebegini mungkin sesuai dengan anda.

Harga bagi tudung ni ialah RM55 selepas diskaun RM10.

Anda boleh terus ke Kedai Tudung Online untuk melihat senarai penuh ataupun untuk melakukan pembelian.


p.s: Mungkin dalam 1 atau 2 minggu lagi, akan ada koleksi tudung terkini yang dimasukkan. Tapi pada masa tu saya kurang pasti sama ada Aidilfitri sales ni masih ada lagi atau tidak.

p.p.s: Ape-ape hal, saya akan cuba update kat sini lagi, okay. :)

Sekian, wassalam.



Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.