Assalamualaikum & Selamat Sejahtera,

Koleksi tudung dari Kedai Tudung Online baru jer dimasukkan beberapa hari lepas. Antara jenis tudung yang baru sampai adalah sulam tangan exclusive, macam-macam oktant dan simple plain.

Apa yang istimewanya ialah jualan lelong baru jer bermula hari ni! Cuma tak semua jenis tudung yang terlibat. Saya akan tunjukkan antara tudung yang dijual pada harga lelong kat bawah nanti.

Daripada banyak-banyak tudung tu, saya rasakan Tudung Farah AF yang agak menarik. Selebihnya mungkin anda dah biasa tengok. Sebab sebelum ni pun saya ada tulis mengenainya.

Kali ni, saya nak tunjukkan Tudung Farah AF dan Tudung Sulam Cute Oktant Mata Lalat Colour.

Tudung Farah AF ni pula ada 2 jenis. Satu dari jenis macam-macam oktant yang namanya Tudung Farah AF Bersulam Tebal Oktant Casing Sadur Ori.

Manakala satu lagi dari jenis simple plain. Ia diberi nama Tudung Farah AF Oktant Sadur Ori.

Apa yang membezakan keduanya adalah sulaman. Untuk jenis simple plain, ia takde sulaman. Namanya pun dah plain, kan?

Oklah, jom layan gambar tudung kat bawah ni. :D



1. Tudung Farah AF Bersulam Tebal Oktant Casing Ori


Rajah 1: Kod Tudung - M2F



Setakat ni, 6 helai daripadanya telah terjual iaitu M2F 1, 2, 3, 4, 7 dan 10. Tapi masih ada 3 lagi tudung yang menarik iaitu M2F 8, 11 dan M2F 12.

Harga yang ditawarkan ialah RM90. Oppss...anda boleh beli pada harga lelong (RM79) mulai hari ni!



2. Tudung Sulam Cute Oktant Mata Lalat Colour


Rajah 2: Kod Tudung - M2L



Tudung ini merupakan pilihan ramai walaupun ada beberapa rekaan yang kurang menarik pada mata kasar saya. Ermmm... mungkin lain orang lain seleranya, kan?

Sebenarnya, saya hanya memaparkan sebahagian kecil jer untuk tudung ni. Selebihnya anda bolrh tengok di sini.

Sebabnya, saya perasaan ada 3 helai tudung yang boleh dikatakan menarik iaitu M2L 144, 146 dan 149.

Tak salah saya, corak sulaman seperti M2L 149 amat jarang didapati. Kalau anda suka, boleh dapatkannya pada harga lelong iaitu RM60.



3. Tudung Farah AF Oktant Sadur Ori


Rajah 3: Kod Tudung - SPF


Bagi anda yang lebih sukakan gaya ringkas, tudung yang ada pada Rajah 3 dan 4 lebih sesuai. Tiada sebarang sulaman dan hanya dihiasi dengan batu oktant sadur ori.

Dalam Rajah 3, tudung SPF 1, 4 dan 5 merupakan pilihan saya untuk anda.



Rajah 4: Kod Tudung - SPF


Manakala untuk Rajah 4 pula, rasanya kesemua warna yang ada adalah biasa-biasa saja. Tapi kalau anda memiliki baju yang sesuai untuk digayakan dengan tudung SPF 16, lebih baik anda dapatkannya. Sebab warna ni agak susah untuk dicari.

Cuma untuk Tudung Farah AF Oktant Sadur Ori ni, tiada sebarang harga yang lelong ditawarkan. Harga biasa yang ditawarkan ialah RM71 sehelai.

Namun, untuk mengetahui koleksi tudung lain yang turut ditawarkan pada harga lelong, anda boleh ke Kedai Tudung Online.

Sekian, jumpa lagi!


p.s: Saya tak pasti sampai bila jualan lelong ni berlansung. Apa yang pasti adalah jualan lelong ini baru saja bermula sebentar tadi. :p

Comment

ADA 1 PANDANGAN MENARIK DI SINI

  1. Anonymous On March 25, 2009 at 3:01 PM

    salam...tumpang iklan kat cni...http://busanaarissafiyyah.blogspot.com/ boleh dapatkan busana muslimah anggun mempesona...tqvm

     

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.