Tudung Ekin memang dah lama berada di pasaran. Kalau anda lihat, ia agak popular dan dijual pada harga yang berbeza-beza. Ada yang murah dan juga mahal. Semua ni bergantung pada jenis dan kualiti sesuatu fabrik. Faktor populariti koleksi tudung ini mungkin ada kaitannya dengan Mawi dan Ekin kot; di samping turut mudah digayakan.

Ekin menggayakan tudung ekin ketika menghadiri kursus kahwin



Bagi peminat setia tudung online, kini anda berpeluang mendapatkan tudung Ekin di sini. Ianya diletakkan di kategori Tudung Ekin. Untuk kali ni, semuanya akan saya paparkan di bawah nanti. Anda cuma ingatkan kod dan harganya saja untuk memesan.

Buat permulaan, tudung Ekin ni didatangkan dengan dua jenis fabrik. Satu dari jenis kain spandex dan satu lagi kain jersi. Jom kita tengok di bawah ni.


1. Tudung Ekin Kain Spandex


gambar tudung Ekin kain spandex 1



gambar tudung Ekin kain spandex 2



Kod tudung untuk kain spandex adalah TE. Harganya RM59. Pada ketika saya sedang menulis, TE 2 dan TE 10 telah terjual. Namun, ada 8 helai lagi yang boleh anda pilih.

=> Tudung Ekin TE 6 tu pun cantik gak. ;)


2. Tudung Ekin Kain Jersi


gambar tudung Ekin kain Jersi



Koleksi tudung kedua ni pula adalah dari fabrik kain jersi. Kodnya TEM. Harganya pun murah sikit berbanding kain spandex tadi iaitu RM33 sehelai.

Bezanya dengan kain spandex, kain tudung di bahagian bawah tu semuanya berwarna hitam. Takde pilihan lain. Cuma di bahagian atas saja yang berlainan warna.

Setakat ini, 4 helai dah terjual iaitu TEM 11, 13, 14 dan TEM 19. Tapi, pada pandangan saya, tudung TEM 17 dan TEM 18 tu pun ok gak. :)

Sebelum berpisah, saya nak tunjukkan kat anda bagaimana rupanya memakai tudung Ekin ni. Jika kena dengan bentuk muka anda, rasanya anda tetap kelihatan anggun walaupun tampil dengan gaya ringkas.


Gaya Ekin ketika mengenakan tudung Ekin berwarna pink



Jika anda berminat mendapatkannya secara online, segeralah berkunjung ke tudung online sebelum pilihan anda di"chopp" orang lain.

Jumpa Lagi!

Comment

ADA 3 KOMEN BERKAITAN POST INI

  1. mira collection's On April 28, 2009 at 2:02 PM

    tudung x mcm ekin pun.. awning penuh... tudung ekin awning separuh..

    so..
    visit my blog
    http://mira-miracollections.blogspot.com

      Samdaddycool On September 9, 2009 at 10:23 PM

    Sekarang dah macam-macam jenis tudung ekin muncul.. tak larat nak layannn erkk

      oktant On September 9, 2009 at 11:37 PM

    Btul tu Sam. Mungkin sbb nak memenuhi citarasa pengguna yg berbeza-beza kot. :)

     

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.