Koleksi tudung terkini yang menjadi pilihan untuk bulan ni adalah tudung sulam biku. Ada 3 jenis tudung semuanya dan diletakkan dalam 2 kategori berbeza. Kategori yang dimaksudkan adalah macam-macam oktant dan sulam simple.

Sementara itu, bagi anda yang minat tudung sulam Mekah, ada beberapa helai tudung baru untuk dipilih. Anda boleh lihat kat kategori sulam tangan eksklusif. Di sini, saya hanya ketengahkan sebahagian kecil daripada keseluruhan koleksi tudung yang dirasakan menarik.


1. Sulam Tangan Eksklusif (Hand Made)

tudung sulam Mekah



Tudung yang kat atas tu namanya tudung sulam Mekah. Salah satu tudung yang dah lama ada kat tudung online. Kodnya adalah ST. Harganya pula RM69 sehelai.

Selain yang di atas, ada satu tudung yang saya rasakan warnanya menarik iaitu ST2. Boleh lihatnya di bawah.

tudung sulam Mekah 2


--- Sila terus ke capaian ini untuk memesan tudung ST2 sekarang.


Ok, jom saya tunjukkan tudung sulam biku yang disebut-sebut pada awal tadi.


2. Macam-Macam Oktant


tudung sulam cute biku bersulam jelujur tepi oktant euzora cute



Namanya agak panjang skit - tudung sulam cute biku bersulam jelujur tepi oktant euzora cute. Kalo nak mudah ketika membuat pesanan, ingat jer kod tudung ni - MBJ.

Saya agak terpesona dengan koleksi ini. Nampak meriah tapi taklah terlalu over.

Walaupun dijual pada harga RM79 sehelai, dah banyak gak yang laku. Masih panas lagi nih!


tudung sulam cute biku bersulam jelujur tepi oktant lalat



Begitu juga dengan yang ini. Namanya pun panjang gak - tudung sulam cute biku bersulam jelujur tepi oktant lalat. Kod tudung ni pula MBL.

Perbezaannya berbanding tudung MBJ adalah penggunaan batu oktant. Kalau tudung MBJ, ia dilengkapi dengan batu oktant euzora cute. Manakala tudung MBL ni menggunakan batu oktant mata lalat sebagai daya penarik.

Secara peribadi, padanan batu oktant mata lalat ni tampak lebih "kena" dengan konsep tudung sulam biku ni. Rasanya inilah tudung terbaik untuk edisi kali ni. Harganya pun murah sikit iaitu RM74 sehelai.

Anda boleh tengok sendiri yang kuantitinya yang dah terjual melebihi tudung MBJ.


3. Sulam Simple

tudung sulam simple tepi kemas



Akhir sekali, kita tengok kategori sulam simple yer. Bagi yang tak gemarkan batu berjurai-jurai/mengerlip bling-bling, anda boleh pertimbangkan tudung sulam tepi kemas ini untuk dijadikan sebagai koleksi peribadi. Sikit saja batu oktant yang ditaburkan di atasnya sebagai penyeri.

Harganya pun ok iaitu RM39 sehelai. Jangan lupa kod tudung - DS4.

Namun, pilihan warnanya agak terhad. Sekiranya anda dah berkenan kat koleksi terhad ni, boleh terus ke tudung online.


p.s: Jangan lupa mendaftar dulu untuk memudahkan urusan pesanan, pembelian dan penghantaran anda. :)

Comment

ADA 0 KOMEN BERKAITAN POST INI

Post a Comment

Sekadar renungan bersama...

Islam mewajibkan kaum wanita memakai tudung sebagai salah satu cara untuk menjaga dan memelihara maruah mereka. Di samping itu, ianya adalah satu kewajipan syarak yang wajib dipatuhi.

Jika mengabaikannya, ia sebenarnya mampu memberi kesan negatif walaupun disangkal oleh kebanyakan wanita itu sendiri. Buktinya, ia telah menjadi punca terbesar berlakunya gejala sosial di kalangan wanita Islam sekarang.

Dari itu, kembalikanlah maruah wanita Islam masa kini kerana anda sajalah yang mampu mengubahnya.